Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Mahu Wujud Pangkalan Tentera Di Asia Tenggara?

Pengkalan tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara itu sekiranya berjaya direalisasikan oleh Washington bakal menjadi seperti pangkalan-pangkalan tentera negara kuasa besar itu di Guam dan Jepun. Persoalannya, negara Asia Tenggara manakah yang berminat untuk merealisasikan hasrat Washington ini?

0 2,549

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam menangani tindakan agresif China terutamanya di Laut China Selatan, penradbiran Presiden Jo Biden dan tentera Amerika Syarikat dikatakan “amat serius” untuk mewujudkan pengkalan tentera di negara-negara Asia Tenggara bagi menempatkan anggota dan simpanan senjata-senjata canggihnya.

Perkara itu disahkan oleh setiausaha tentera daratnya Christine Wormouth baru-baru ini yang berkata bahawa isu mengenai pengkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara amat kritikal dan sedang dipertimbangkan dengan serius oleh Jabatan Negara dan Jabatan Pertahanan negara itu.

Isu pangkalan tentera adalah amat penting bagi perancangan tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik.

Persoalannya sekarang, negara Asia Tenggara manakah yang berminat untuk menawarkan tempat kepada Amerika Syarikat untuk menempatkan pengkalan tenteranya selain Filipina yang sememangnya memiliki perjanjian tentera dengan Washington.

LCS
Sejak 2018, empat buah kapal Littoral Combat Ship Tentera Laut Amerika Syarikat beroperasi daripada Singapura.

 

Singapura atau Thailand? Adakah kedua-dua negara yang diketahui rapat dengan Washington itu akan menawarkan tempatan untuk tentera Amerika mewujudkan pengkalan tentera.

Singapura sememangnya merupakan pusat bekalan dan penyelenggaran yang penting untuk aset-aset tentera Amerika Syarikat terutama kapal-kapal perang dan pesawat pejuang.

Adakah hubungan tentera Singapura dengan Amerika Syarikat itu bakal diformalisasikan dengan perjanjian untuk mewujudkan pangkalan tentera ala-ala Subic Bay atau Okinawa? Dan, apa pula reaksi Beijing jika Singapura atau Thailand bertindak sedemikian? 

Singapura diketahui juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Beijing dan merupakan antara pelabur terbesar di China. 

Hubungan perdagangan antara kedua negara sudah semesti bakal terjejas sekiranya Singapura bertindak membenarkan Washington mewujudkan pangkalan tentera di republik itu.

pengkalan

Bagaimana pula dengan kedudukan kita, walaupun sebagai sebuah negara berkecuali sudah semestinya kita akan menolak sebarang cadangan untuk menempatkan pengkalan tentera Amerika Syarikat di Malaysia.

Bagaimana jika China semakin agresif di Laut China Selatan sehingga mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia, adakah kita masih terus-menerus berpegang kepada dasar berkecuali itu?

Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat itu juga berkata, akses tentera Amerika Syarikat terhadap pengkalan tentera di Indo-Pasifik dan Asia Tenggara akan membantu pihak tentera negara itu untuk menempatkan lebih banyak tenteranya dan senjata-senjata.

“Terdapat kehendak bagi kami untuk meluaskan akses untuk tentera kami dan pengkalan tentera di Asia Tenggara kerana jika kami berjaya melakukannya, ia akan memberikan kami kedudukan dan flexibility,” kata Wormouth dalam ucapannya pada satu majlis anjuran Centre for Strategic and International Studies (CSIS) di Washington baru-baru ini.

Carl Vinson
USS Carl Vinson

Beliau berkata China merupakan ancaman utama bagi tentera Amerika Syarikat di Indo-Pasifik pada ketika ini.

Beijing menurutnya membangunkan kemampuan tenteranya dengan pantas untuk berhadapan dengan kemungkinan meletusnya konflik di Taiwan serta di Laut China Selatan yang sebahagian besar di dakwa oleh negara itu sebagai miliknya.

“Pada ketika ini, China memiliki kira-kira 2 juta anggota tentera dengan 970,000 didalam unit-unit kombat. Ia juga mempunyai kapal-kapal perang paling banyak di dunia dan di Indo-Pasifik tentera udaranya adalah yang paling besar di rantau itu,”katanya.

Pengkalan

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Beijing kini memiliki  kemampuan untuk melumpuhkan kemampuan satelit dan komunikasi Amerika Syarikat di angkasa lepas, selain peluru-peluru berpandu yang boleh menenggelamkan kapal-kapal perang Amerika Syarikat, katanya.

Ia juga mempunyai peluru berpandu yang boleh membedil pengkalan Amerika Syarikat di Jepun dan Guam serta memusnahkan landasan-landasan kapal terbangnya.

Jadi negara Asia Tenggara manakah yang bersedia menawarkan pengkalan untuk tentera Amerika Syarikat (selain Filipina) bagi menempatkan anggota tenteranya serta senjata-senjata yang kemungkinan akan digunakan untuk menyerang China?

TUDM
Sebuah pesawat Hawk208 mengiringi pesawat pengebom B-52 ketika latihan antara TUDM dengan US PACAF (kredit US PACAF)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...