Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Dan Penggunaan “Meriam Bunyi” Long Range Acoustic Device (LRAD)

Setakat ini tiada maklumat mengenai jumlah alatan LRAD yang digunakan oleh TUDM/Angkatan Tentera Malaysia (ATM), walaupun terdapat laporan mengatakan bahawa TUDM memperolehi tiga buah alatan itu untuk digunakan oleh tentera udara.

0 8,839

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekitar tahun 2020, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengeluarkan beberapa keping gambar di dalam media sosialnya menunjukkan krew helikopter HC225M miliknya mengendalikan peralatan dipanggil “Long Range Acoustic Device” (LRAD).

Gambar itu juga menunjukkan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad melihat dengan lebih dekat pengendalian alatan LRAD  itu oleh krew helikopter HC225M itu.

Setakat ini tiada maklumat mengenai jumlah alatan LRAD digunakan oleh TUDM/Angkatan Tentera Malaysia (ATM), walaupun terdapat laporan mengatakan bahawa TUDM memperolehi tiga buah alatan itu untuk digunakan oleh tentera udara.

Di Amerika Syarikat, pihak-pihak tertentu membantah penggunaan LRAD terhadap mereka yang berhimpun secara aman.

Kita juga tidak mempunyai maklumat syarikat pembuat alatan LRAD yang digunakan oleh anggota tentera kita dan tujuan apakah ATM menggunakan LRAD itu.

LRAD
TUDM

 

Bagaimanapun, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menggunakan LRAD ini di rantau Asia Tenggara kerana Singapura juga melengkapkan kapal Littoral Mission Vessel (LMV) dengan LRAD, dan pasukan polis Filipina turut menggunakannya “meriam bunyi” itu.

Vietnam juga melengkapkan beberapa buah kapal perondanya dengan peralatan LRAD ini.

Apakah LRAD?

LRAD
Tentera Ukraine juga menggunakan alatan LRAD.

 

Dipanggil “Voice of God”, ia adalah sejenis “senjata” tetapi berbanding dengan senjata-senjata konvensional lain digunakan oleh anggota tentera yang melancarkan peluru untuk membunuh musuh, LRAD ini hanya mengeluarkan bunyi yang amat kuat  sehingga boleh mencederakan serta menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa yang disasarkannya.

Sebab itulah LRAD walaupun adalah senjata non-lethal, tetapi ia juga dipanggil “Meriam Bunyi” (Sound Cannon) dan “Senjata Sonic” (Sonic Weapon).

Menurut syarikat-syarikat yang membangunkan LRAD, kegunaan utama alatan ini adalah untuk berkomunikasi dalam jarak yang jauh (long-range communications), tetapi terdapat kegunaan lain yang selalunya LRAD digunakan.

LRAD

Memandangkan LRAD itu boleh menghasilkan bunyi yang amat kuat, maka ia kerapkali digunakan untuk untuk mengawal perhimpunan tanpa menggunakan sebarang kekerasan menerusi penggunaan senjata-senjata konvensional seperti baton, gas pemedih mata dan lain-lain.

Dengan mengeluarkan bunyi yang amat kuat, penggunaan LRAD itu boleh menyebabkan mangsa mengalami kerosakan otak sederhana, kehilangan pendengaran secara kekal, tinnitus (berdesing dalam telinga), sakit telinga, pening kepala dan kehilangan keseimbangan badan.

LRAD ini digunakan oleh pasukan-pasukan penguatkuasaan undang-undang dan agensi keselamatan serta pertahanan untuk memberikan amaran kepada sasaran dalam jarak yang jauh, dengan laporan mengatakan LRAD boleh menghasilkan bunyi yang kuat sehingga 5.5km jauhnya.

LRAD

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Ia juga digunakan untuk menghalau haiwan seperti burung daripada menghampiri kawasan lapangan terbang dan kawasan-kawasan strategik yang lain.

Tentera Amerika menggunakan LRAD di Iraq dan Afghanistan untuk memberi amaran orang awam daripada menghampiri kawasan-kawasan yang dikawalnya selepas ia mendapati penggunaan kaedah amaran biasa seperti bendera, flares serta tembakan amaran tidak dihiraukan oleh penduduk tempatan.

Mereka mendapati bunyi dihasilkan oleh LRAD amat kuat sehingga mereka yang berada dalam kenderaan yang bising pada jarak jauh masih boleh mendengar bunyi dihasilkan oleh alatan itu dengan jelas. — DSA

 

Comments
Loading...