“MQ-9B Sea Guardian” Calon Paling Sesuai Untuk TUDM Pantau Laut China Selatan
Pesawat Tanpa Pemandu "MQ-9B Sea Guardian" keluaran syarikat General Atomics Aeronautical System Inc (GA-ASI) daripada Amerika Syarikat dilihat calon paling sesuai untuk melakukan misi-misi pemantauan maritim terutamanya di Laut China Selatan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berikutan laporan mengatakan kerajaan bakal menempatkan tiga buah sistem Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) yang bakal diperolehinya pada tahun 2024 di Pangkalan Udara Labuan, adakah ia bermakna negara bakal memilih sebuah pesawat tanpa pemandu yang khusus untuk menjalankan tugas-tugas pemantauan maritim.
Penempatan di Pengkalan Udara Labuan menandakan pesawat tanpa pemandu yang akan diperolehi oleh Malaysia itu akan memantau kawasan perairan negara di Laut China Selatan yang kerapkali menjadi sasaran pencerobohan kapal-kapal peronda China.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Abdul Aziz mengatakan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) dijangka menerima tiga buah sistem UAS pada 2024 dalam perolehan fasa pertama.
Diantara nama-nama sistem UAS yang dikatakan menyertai tender oleh Kementerian Pertahanan itu, pesawat tanpa pemandu “MQ-9B Sea Guardian” dilihat paling bersesuaian untuk melaksanakan misi-misi ISR (Intelligence,Surveillance and Reconaissance) di Laut China Selatan.
Pesawat Tanpa Pemandu “MQ-9B Sea Guardian” telah dibangunkan oleh syarikat Amerika Syarikat, General Atomics Aeronautical System Inc (GA-ASI).
Jepun juga dilaporkan memilih Sea Guardian untuk mengawasi perairannya di kepulauan Senkaku yang kerap kali diceroboh oleh kapal-kapal perang China.
Dalam satu temuramah dengan media sebelum LIMA 2019, naib presiden serantau GA-ASI Terry Kraft berkata bahawa pihaknya sedang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia tentang kemungkinan perolehan sistem itu.
Syarikatnya menawarkan dua jenis sistem pesawat tanpa pemandu kepada kerajaan Malaysia,iaitu “MQ-9A Guardian” dan “MQ-9B Sea Guardian”.
“Kerajaan Malaysia telah ‘meminta’ sebanyak sembilan buah sistem,” kata Kraft tanpa memperincikan kenyataannya kepada majalah pertahanan antarabangsa, “Jane’s Defence”.
Beliau berkata GA-ASI menawarkan sistem yang boleh diinteroperabiliti dengan sistem-sistem lain dalam Angkatan Tentera Malaysia serta pasukan sekutu yang lain.
Comments are closed.