Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat China Bom, Gugur Periuk Api Di Pulau Dan Terumbu Laut China Selatan

Penganalisis ketenteraan China berkata, latihan itu membuktikan kemampuan pesawat pengebom China dalam melaksanakan misi tersebut, selain menunjukkan kesungguhannya untuk memastikan Laut China Selatan itu kekal menjadi “miliknya.”

0 2,988

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu lagi bukti tentang komitmen China untuk memperkukuhkan penguasaannya terhadap Laut China selatan, tentera China telah mengerahkan pesawat pengebom terbarunya “Xian H-6J” untuk terlibat dalam satu latihan pengeboman dan pengguguran periuk api terhadap pulau-pulau serta terumbu karang di perairan strategik itu baru-baru ini.

Penganalisis ketenteraan China berkata, latihan itu membuktikan kemampuan pesawat pengebom China dalam melaksanakan misi tersebut, selain menunjukkan kesungguhannya untuk memastikan Laut China Selatan itu kekal menjadi “miliknya.”

Pengumuman tentera China tentang latihan pengeboman terhadap pulau-pulau dan terumbu karang di Laut China Selatan perlu dilihat sebagai suatu amaran kepada negara-negara sekitar perairan strategik itu.

Beting Patinggi Ali, James Shoal dan beberapa terumbu karang lain milik Malaysia di Laut China Selatan turut dituntut oleh China, dengan kapal-kapal pengawal pantainya turut dikesan “parking” di sekitar terumbu karang milik negara itu.

Beroperasi di bawah Naval Aviation Force, PLA Southern Theater Command, latihan pengeboman itu dilaksanakan oleh regimen yang berpengkalan di Pulau Hainan melibatkan penggunaan bahan-bahan letupan berkuasa tinggi dan periuk api, sebagaimana dilaporkan oleh China Central Television (CCTV) baru-baru ini.

Xian H-6

Di dalam latihan yang boleh disifatkan sebagai suatu “amaran” kepada negara-negara di Asia Tenggara, pesawat-pesawat pengebom Tentera China telah berlepas ke kawasan sasaran dalam kegelapan malam dan tiba pada awal pagi dalam cuaca buruk.

Pesawat-pesawat itu terbang dalam formasi-formasi udara.

Pada gelombang pertama pengeboman, pesawat-pesawat terbabit telah menggugurkan periuk-periuk api sebelum bertindak mengebom bom-bom berkuasa tinggi, menurut laporan agensi media CCTV itu.

“Bom-bom berkuasa tinggi itu telah mengenai sasaran iaitu pulau-pulau dan terumbu karang,” sebagaimana yang dilaporkan oleh stesen televisyen China.  

Xian H-6

 

Selepas selesai melaksanakan gelombang pertama pengeboman itu, pesawat-pesawat kembali ke pangkalan mereka dan diulang-bekal dengan peluru dan bom serta minyak sebelum terbang kembali untuk melakukkan gelombang kedua pengeboman.

“Kita telah menguji keberkesanan dan kemampuan kedua-dua jenis bom dan periuk api itu. Untuk langkah seterusnya, kita perlu menuju ke arah inovasi taktik serta penggunaan semua jenis senjata dan peralatan,” menurut timbalan komander rejimen itu Zhang Yanjie.

Xian H-6

Selain membawa bom-bom berkuasa tinggi dan periuk api, pesawat-pesawat H-6J juga dilihat membawa peluru berpandu anti-kapal “YJ-12” di bawah sayap-sayapnya.

Kementerian Pertahanan hanya mendedahkan tentang kewujudan versi pesawat pengebomnya yang terbaru, H-6J pada tahun lepas.

Latihan itu menunjukkan kemampuan pesawat pengebom H-6J dalam melaksanakan misi-misi pengeboman yang tradisional, selain kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu anti-kapal dan peluru berpandu kruis.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...