Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Penyelidik Marin China Buat Pemetaan Dasar Laut – Indonesia

0 392

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal penyelidikan marin China “Xiang Yang Hong 03” yang berjaya dipintas oleh kapal penguatkuasa Indonesia diperairan negara itu pertengahan bulan lepas sememangnya sedang membuat pemetaan dasar laut.

Badan Keamanan Laut (BAKAMLA) Indonesia berkata, kapal penyelidikan marin China itu sempat mengoperasikan sonar dasar lautnya sebelum ia sempat dipintas oleh kapal BAKAMLA di perairan Selat Sunda pada 13 Januari lepas.

China

Untuk mengoperasikan sonar dasar laut itu, kapal penyelidik China itu telah dikesan memperlahankan kelajuannya daripada di antara 10 hingga 11 knot kepada enam hingga lapan knot.

Kapal “Xiang Yang Hong 03” itu juga dikesan telah mematikan sistem Automatic Identification System (AIS) kapal sebanyak tiga kali. Pihak berkuasa Indonesia mengkehendaki mana-mana kapal asing untuk mengaktifkan sistem AIS yang akan memberitahu lokasinya sepanjang mereka berada di dalam perairan republik itu.

China

Pihak berkuasa negara itu mengesan kapal penyelidik marin China itu mematikan sistem AIS ketika berada di Laut Natuna Utara, Laut Natuna Selatan dan Selat Karimata.

“Kelajuan di antara enam hingga lapan knot adalah kelajuan yang optimum untuk mengoperasikan sonar dasar laut. Ketika ia mematikan sistem AIS itu, juga mungkin apabila mereka menggunakan sonar dasar laut,” kata Ketua BAKAMLA Laksdya Aan Kurnia sebagaimana dipetik berkata oleh portal Kompas.com.

Beliau berkata, kapal penyelidikan marin China sememangnya mempunyai niat serong apabila mematikan sistem AIS ketika memasuki perairan Indonesia.

BAKAMLA meminta supaya hukuman kerana mematikan AIS bagi kapal-kapal asing ditambah daripada denda sahaja.

Katanya, terdapat anggota DPR mahukan hukuman mematikan AIS dikalangan kapal-kapal asing diperketatkan termasuk kemungkinan menenggelamkannya jika didapati bersalah.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...