Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Filipina Beli Sembilan Buah Bot Laju “Shaldag Mk-5” Dari Israel

0 766

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Filipina telah mengumumkan pembelian sembilan buah bot serang laju (fast attack craft – FAC) jenis “Shaldag Mk-5” daripada Israel Shipyards.

Kontrak bernilai US$128 juta (RM512 juta) juga merangkumi kerja-kerja menaiktaraf Cavite Naval Shipyard.

shaldag
Bot serang laju Shaldag Mk5

Kontrak G-to-G ini ini membuktikan lagi kerjasama hubungan kerjasama pertahanan antara Filipina dengan Israel, yang sebelum turut menyaksikan Manila memperolehi beberapa sistem pertahanan untuk ketiga-tiga cabang angkatan tenteranya serta pasukan polis.

Pakej pembelian kapal serangan laju Filipina ini turut merangkumi sistem persenjataan seperti peluru berpandu SPIKE NLOS (Non- Line Of Sight) daripada syarikat pertahanan Israel, Rafael Advanced Systems Ltd untuk empat daripada sembilan buah dan Typhoon serta Mini Typhoon RCWS (Remote Control Weapon System).

 

Peluru berpandu SPIKE NLOS ini dikatakan mampu menembak sasaran sejauh 25km.

Bot serang laju “Shaldag Mk-5” yang panjangnya adalah kira-kira 32 meter (displacement 95 tan) dan direkabentuk untuk tugas-tugas rondaan di kawasan pesisir pantai dan sungai serta misi-misi pasukan khas.

Untuk versi Mk-5 ia boleh mencapai kelajuan 40 knot manakala bagi MKII pula adalah sekitar 45 knot.

Shaldag
Peluru berpandu SPIKE NLOS dengan sistem pelancar Typhoon yang bakal dilengkapkan di kapal Shaldag Mk-5.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...