Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penutup Jamban Adolf Hitler Dilelong Pada Harga RM60,000

0 879

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Keluarga bekas anggota tentera Amerika Syarikat telah bertindak melelong penutup jamban (toilet seat) yang dicurinya daripada tandas di salah kediaman bekas pemimpin tentera Nazi Jerman Adolf Hitler.

Penutup jamban yang dicuri oleh anggota tentera Amerika dikenali dengan nama, Ragnvald C Borch itu telah dilelong pada harga US$15,000 (RM60,000).

Hitler
Penutup jamban Hitler (kredit Alexander Auctions)

Borch yang ditugaskan dengan Divisyen Ke-2 Armor menjadi antara anggota tentera Bersekutu paling awal tiba di Istana Berghof di Berchtesgaden yang terletak di pergunungan Alps pada Mac 1945. Fuhrer Nazi itu dikatakan paling gemar tinggal di kediaman di Berghof ini.

Tentera Nazi membina semula Berghof ini pada 1935 dan Hitler dikatakan tinggal di kediaman ini selama 10 tahun sebagai rumah peranginannya sehingga tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat merampas semula kediaman ini pada April 1945. Sepanjang 10 tahun tinggal di Berghof ini, sudah pasti ribuan kali punggung Hitler duduk di penutup jamban itu.

Hitler
Adolf Hitler di Berghof Residence.

Itu yang menjadi daya penarik kepada Borch untuk mencuri penutup jamban itu. Penutup jamban Hitler itu adalah “War Trophy” yang unik, sama seperti raifal emas milik bekas Presiden Iraq Saddam Hussein.

Daripada sesuatu yang tidak bernilai, keluarga anggota tentera Amerika itu telah membuat keuntungan sebanyak US$15,000 hasil lelongan itu.

Menurut anak Borch dikenali dengan nama Michael, seorang anggota tentera pernah bertanya kepada bapanya kenapa beliau mencuri penutup jamban Hitler di mana bapanya telah menjawab, “Anda fikir, di mana Adolf Hitler meletakkan punggungnya.”

hitler
Kredit Alexander Auctions.

Untuk berdekad-dekad lamanya, penutup jamban Hitler itu hanya mendiami satu sudut sepi di dalam garaj keluarga Borch di New Jersey. Beberapa keping gambar lama ketika Perang Dunia Kedua serta keratan akhbar menjadi bukti kepada ketulenan penutup jamban Hitler itu.

Lelongan itu telah dijalankan oleh syarikat Alexander Auctions.

Selain penutup jamban yang dicurinya daripada kediaman Hitler itu, Borch juga mencuri beberapa lukisan minyak dan jaket kalis peluru pada Perang Dunia Pertama.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...