(DEFENCE SECURITY ASIA) – Minggu lepas, kecoh satu dunia tentang laporan berita bahawa negara jiran kita iaitu Filipina bakal menjadi negara pertama yang akan membeli peluru berpandu kruis buatan India/Russia, “Brahmos”.
Laporan berita daripada India dan Filipina mengatakan perjanjian pembelian “Brahmos” untuk tentera Filipina itu akan ditandatangani pada sidang kemuncak di antara Presiden India Narendra Modi dan Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Februari tahun depan.
Media-media di India dan Filipina pun mengembar-gembur berita itu, mengaitkan pembelian “Brahmos” itu sebagai kejayaan industri pertahanan India dan kesungguhan Filipina untuk menguatkan sistem pertahanan negara itu daripada pencerobohan China terutamanya di Laut Filipina Barat.
Tetapi, Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorezana ketika ditanya mengenai pembelian peluru berpandu kruis itu mempunyai jawapan yang berlainan pula. Menurutnya, walaupun negara itu memang mempunyai rancangan untuk mendapatkan “Brahmos” tetapi setakat ini belum ada peruntukan untuk membelinya.

Di dalam ertikata lain, fulus untuk membeli peluru berpandu itu belum disedikan lagii, tapi berita Filipina akan membelinya peluru berpandu itu sudah dicanang ke seluruh dunia dan seakan-akan sudah suatu kepastian.
Mungkin berita itu sekadar usaha perhubungan awam oleh India untuk memasarkan peluru berpandu yang sehingga kini gagal menarik perhatian pembeli luar. Ketika ini hanya India menggunakan “Brahmos.”
India juga cuba menjual peluru berpandu itu kepada kita, Thailand dan Vietnam tetapi sehingga kini gagal.
Vietnam membeli peluru berpandu P-800 Oniks/Yakhont daripada Russia.
“Program mendapatkan Brahmos masih berjalan, tetapi cabaran ketika ini adalah untuk mendapatkan peruntukkan,” katanya kepada agensi berita negara itu, Philippine News Agency (PNA).

Laporan daripada India sebelum ini mengatakan satu pasukan daripada Brahmos Aerospace iaitu syarikat usahasama New Delhi dan Manila dijangka berkunjung ke Filipina Disember ini untuk memuktamadkan perjanjian itu.
Comments are closed.