Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Kenderaan Tempur Angkatan Tentera Singapura “Hunter”

0 1,072

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kenderaan tempur “Hunter” merupakan kenderaan berperisai kebanggaan Singapura, dibangunkan di dalam negara oleh Defence, Science and Technology Agency (DSTA) dengan ST Engineering dan Angkatan Tentera Singapura.

“Hunter” ini telah mula dibangunkan sejak daripada tahun 2006 dan selepas beberapa prototaip hanya mula diterima masuk ke dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Singapura pada 2019.

Kenderaan “Hunter” ini menggantikan kenderaan berperisai M113 Ultra yang telah digunakan oleh tentera Singapura sejak tahun-tahun 1970-an dengan mengaplikasi peningkatan kemampuan dalam pergerakan, ketahanan, armor serta “situational awareness” menerusi penggunaan sistem penderia dan sensor canggih.

“Hunter” yang memiliki berat sebanyak 29 tan dan mampu membawa lapan anggota tentera lengkap bersenjata serta tiga krew adalah platform yang digital sepenuhnya, dengan sistem “Battle Management System” tersendiri dan persenjataan yang terdiri daripada meriam 30mm “MK44 Bushmaster 11” serta mesingan 7.62mm menerusi penggunaan sistem remote weapon system “Samson” keluaran syarikat pertahanan Israel, Rafael.

(video adalah kredit Kementerian Pertahanan Singapura. Sila Subscribe channel You Tube “Defence Security Asia.”)

Sistem remote weapon system “Samson” kenderaan kombat “Hunter”” itu juga membawa dua peluru berpandu anti kereta kebal “Spike LR2”, bagi membolehkan ia menjalankan operasi “tank hunter killer.”

Bersesuaian dengan beratnya yang hampir mencapai 30 tan, enjinnya juga berkuasa tinggi sehingga 800hp (kuasa kuda).

Selain itu, kenderaan tempur moden ini juga dilengkapi dengan apa yang dipanggil “ARTEMIS” yang bermaksud “Army Tactical Engagement and Information System.”

Hunter
Hunter’s menacing looks. (foto kredit ST Engineering)

Ia adalah sistem kawal dan perintah (command and control) yang membolehkan krew dan anggota beroperasi di dalam keadaan digital sepenuhnya serta berinteraksi dengan formasi-formasi lain di medan peperangan dalam keadaan maya sepenuhnya.

Selain sebagai kenderaan kombat, “Hunter” ini juga memiliki varian-variannya yang lain termasuklah kenderaan kejuruteraan, recovery, command dan jambatan.

Batallion ke-42, Rejimen Armor Singapura (42nd SAR) adalah batalion pertama angkatan tentera Singapura yang mengoperasikan kenderaan kombat moden “Hunter” ini.

Hunter
Kenderaan kombat Tentera Singapura “Hunter.” (foto internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...