Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Korea Selatan Bangunkan Peluru Berpandu Taktikal “KTSSM”

0 692

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Korea Selatan telah meluluskan rancangan untuk menghasilkan secara besar-besar peluru berpandu taktikal darat-ke-darat dipanggil “Korean Tactical Surface-to-Surface Missile” (KTSSM).

Korea Selatan merancang untuk menghasilkan 200 buah KTSSM mulai tahun ini hingga 2025.

Menurut laporan agensi berita rasmi negara itu, peluru berpandu taktikal itu akan digunakan untuk memusnahkan kubu-kubu bawah tanah artilleri Korea Utara.

Dengan jarak sejauh 120km, KTSSM berkemampuan membedil sebahagian besar daripada sasaran yang terdapat di Korea Utara.

Defence Acquisition Program Administration (DAPA) negara itu berkata, “Projek (pengeluaran besar-besaran peluru berpandu taktikal) adalah untuk memusnahkan artillery jarak jauh Korea Utara yang disembunykan di kubu-kubu bawah tanah bagi menangani ancaman musuh di dalam tempoh yang cepat.”

 

(Rakaman ujian pelancaran peluru berpandu “KTSSM”. Video kredit “South Korean MIlitary Channel”. Sila LIKE dan SUBSCRIBE channel You Tube “Defence Security Asia.” Terima kasih)

Menurut agensi itu, projek pengeluaran peluru berpandu taktikal itu akan menelan belanja sebanyak US$406 juta dan akan dibangun menggunakan kepakaran teknologi tempatan.

Peluru berpandu taktikal KTSSM ini telah dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) dan syarikat pertahanan tempatan, Hanhwa.

Ia dijangka mula memasuki perkhidmatan angkatan tentera Korea Selatan pada 2022.

KTSSM
“KTSSM” dibangun bersama oleh Agency for Defense Developoment dan syarikat Hanhwa. (foto internet)

Dipanggil dengan nama jolokan “artillery killer”, peluru berpandu KTSSM  direka untuk melancarkan serangan tepat terhadap kedudukan kubu-kubu bawah tanah yang menempatkan artileri Korea Utara.

Empat buah peluru berpandu dilancarkan secara serentak daripada platform pelancarnya.

Menurut laporan, peluru berpandu KTSSM adalah serupa seperti US Army Tactical Missile System (ATACMS).

KTSSM
Peluru berpandu “KTSSM” direka untuk melancarkan serangan tepat ke atas kedudukan musuh. (foto internet)

Ia boleh membawa pelbagai peledak termasuk yang khusus untuk memusnahkan kubu-kubu bawah tanah.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...