Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Kapal Selam Yasen-M Russia Kini Lebih Digeruni Dgn Peluru Berpandu Hypersonik “Tsirkon”

(VIDEO) Negara-negara Barat mengeruni kapal selam “Yasen-M” milik Russia itu kerana kemampuannya untuk bergerak dengan amat senyap dibawah permukaan air,sekaligus menyukarkan pihak musuh untuk mengesannya.Selain itu “Yasen-M” turut dilengkapi dengan pelbagai peluru berpandu untuk menyerang sasaran di laut dan di daratan.

0 4,398

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal selam kelas “Yasen-M” yang digeruni oleh Barat bakal menjadi lebih berbahaya apabila syarikat pembuatnya bercadang melengkapkan kapal selam berkuasa nuklear Russia itu dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” yang mampu terbang selaju Mach 9 dan membedil sasaran sejauh 1,000km.

Negara-negara Barat mengeruni kapal selam “Yasen-M” milik Russia itu kerana kemampuannya untuk bergerak dengan amat senyap,sekaligus menyukarkan pihak musuh untuk mengesannya selain dilengkapi dengan pelbagai peluru berpandu untuk menyerang sasaran di laut dan di daratan.

Bercakap kepada agensi berita Russia, Ria-Novosti, pengarah United Shipbuilding Corporation Alexei Rakhmanov yang bertanggungjawab membina kapal selam itu berkata kerja-kerja untuk melengkapkan kapal selam serbaguna Yasen-M itu dengan peluru berpandu hypersonik telah pun dilakukan.

“Kerja-kerja melengkapkan kapal selam Yasen-M itu dengan peluru berpandu hypersonik telah pun bermula,” kata beliau, sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita Russia itu.

Kapal selam Yasen-M yang pertama “Severodvinsk” telah ditauliahkan pada 2013 selepas selepas daripada sedekad ia direkabentuk dan dibina bermula ketika dunia masih lagi berhadapan dengan Perang Dingin.

Kapal selam Yasen-M itu dilengkapi dengan torpedo dan juga peluru berpandu “Kalibr” serta “P-800 Oniks” dan kini peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” yang bakal menjadikan kapal selam berkuasa nuklear itu lebih berbahaya kepada musuh-musuhnya.

Peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” berkemampuan mencapai kelajuan Mach 9 dan membedil sasaran sejauh lebih daripada 1,000km.

Pegawai kanan Pentagon menjangkakan di dalam tempoh satu dua tahun ini kapal selam paling berkuasa Russia daripada kelas-Yasen akan mula melakukan rondaan dengan lebih kerap di kawasan-kawasan persisiran pantai Amerika Syarikat.

Ketua Northern Command (NORTHCOM) Tentera Amerika Syarikat Jeneral Glen Van Herck dilaporkan berkata pada 2021 bahawa tentera Russia telah mula mengerahkan aset-aset tentera termasuk kapal-kapal selam yang “terlalu senyap” seperti Yasen-M yang boleh mengancam keselamatan wilayah negara itu.

“Risiko sememangnya semakin meningkat. Dalam tahun lepas, Russia telah meletakkan kapal selam kelas-Yasen di Pasifik.”

Northumberland
Kapal selam kelas-Yasen terbaru Tentera Laut Russia iaitu “Kazan”

 

“Sekarang ini, mereka (kapal selam kelas-Yasen) bukan sahaja berada di Atlantik tetapi juga di Pasifik dan ia hanya menunggu masa di dalam tempoh satu atau dua tahun sebelum kita berhadapan dengan ancaman yang lebih kerap, 24 jam dalam sehari.”

“Kesannya, adalah ia mengurangkan masa untuk pemimpin kebangsaan membuat keputusan dalam masa krisis,” kata beliau.

Turut dipanggil kelas-Severodvinsk oleh NATO, kapal selam kelas-Yasen seberat 13,800 tan itu diperakui oleh penganalisis pertahanan antarabangsa sebagai antara kapal selam paling berkemampuan di dunia.

Pada tahun 2018, kapal selam kelas-Yasen dikenalpasti sebagai “Severodvinsk” berjaya mengelak daripada dikesan oleh platform-platform Amerika Syarikat selama berminggu-minggu, menurut laporan media.

Severodvinsk
Kapal selam kelas “Severodvinsk” semasa melancarkan peluru berpandu.

 

Kapal selam Yasen-M direkabentuk untuk dikerah berhampiran kawasan pesisir pantai Amerika Syarikat membawa peluru-peluru berpandu kruis untuk mengancam infrastruktur-infrastruktur kritikal ketika berlaku krisis keselamatan di antara kedua-dua negara.

Beliau juga berkata bahawa ancaman oleh kapal selam Yasen-M Russia itu akan berlipat-kaliganda selepas ia dilengkapkan dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon.”

Dengan kelajuan mencapai Mach 9, tidak ada sistem pertahanan udara yang boleh memintas peluru berpandu hypersonik itu.

Pada ketika ini, angkatan kapal selam Russia telah pun memiliki tiga buah kapa selam Yasen-M yang sudah berooperasi secara aktif manakala sebuah lagi sedang menjalani ujian di lautan.

Tsirkon
Peluru berpandu hypersonik “Tsirkon”

 

Kapal selam Yasen-M yang kelima bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Pegawai tentera laut Amerika Syarikat memberitahu USNI News bahawa mereka semakin bimbang dengan kemampuan kapal selam Russia.

Kemampuan kapal-kapal selam Russia beroperasi tanpa dikesan di Atlantik telah memaksa Tentera Laut Amerika untuk menghidupkan kembali Armada Ke-2 dan mewujudkan pemerintahan bagi peperangan anti-kapal selam di Atlantik pada 2018. — DSA

Donlod

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...