Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Gantung Operasi Pesawat V-22 Osprey, Seminggu Selepas Kemalangan di Jepun

Kekerapan pesawat-pesawat V-22 Osprey terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa anggota tentera telah menyebabkan kepimpinan tentera Amerika Syarikat mencadangkan supaya pesawat unik itu ditamatkan perkhidmatannya.

0 883

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Amerika Syarikat memutuskan untuk menggantung operasi pesawat-pesawat V-22 Osprey miliknya, seminggu selepas pesawat daripada jenis yang sama terhempas di pesisir pantai Jepun mengorbankan lapan orang anggota tenteranya.

Tindakan Amerika Syarikat itu menyusuli Jepun menggantung operasi pesawat tilt-rotor itu lebih awal, dengan pengkritik menyatakan pesawat daripada jenis itu amat mudah mengalami kemalangan.

V-22 Osprey adalah pesawat yang unit dimana ia boleh beroperasi sebagai helikopter dan juga pesawat berkipas.

“Maklumat daripada siasatan awal menunjukkan masalah berkaitan materiel berpotensi telah menyebabkan kemalangan, tetapi punca sebenar masih belum diketahui sehingga kini,” menurut Pemerintahan Operasi Khas Tentera Udara Amerika Syarikat (AFSOC) di dalam satu kenyataan.

Osprey
(via internet)

 

AFSOC menyatakan bahawa penggantungan operasi pesawat itu memberikan masa dan ruang untuk melakukan siasatan bagi mencari punca serta cadangan untuk memastikan pesawat V-22 Osprey itu kembali beroperasi.

Kemalangan terbaru yang menimpa pesawat yang unik itu berlaku ketika penerbangan latihan rutin minggu lepas di Pulau Yakushima, kira-kira 1,040km ke selatan ibu negara, Tokyo.

Menurut Boeing, sehingga kini sejumlah 400 buah pesawat V-22 Osprey telah dihasilkan dengan kebanyakkannya digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Kor Marine dan Tentera Laut negara kuasa besar itu.   

Sejurus selepas kemalangan terbaru itu, Jepun telah bertindak menggantung operasi pesawat V-22 Osprey miliknya dan meminta Amerika Syarikat supaya mengambil tindakan yang sama.

“Memastikan keselamatan penerbangan adalah matlamat utama dalam sesuatu operasi pesawat. Kita akan terus meminta pihak Amerika Syarikat berkongsi maklumat untuk memastikan keselamatan penerbangan,” kata setiausaha kabinet Jepun Hirokazu Matsuno.

Pada mulanya, pihak tentera Amerika Syarikat hanya menggantung operasi pesawat-pesawat Osprey daripada unit terbabit tetapi pesawat secara keseluruhannya, pesawat V-22 Osprey kekal beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan.

Osprey
(via internet)

 

Kekerapan pesawat-pesawat V-22 Osprey terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan nyawa anggota tentera telah menyebabkan kepimpinan tentera Amerika Syarikat mencadangkan supaya pesawat unik itu ditamatkan perkhidmatannya.

Pada tahun 2016, kemalangan turut melibatkan pesawat V-22 Osprey di negara Matahari Terbit itu dan menyebabkan Amerika Syarikat menggantung operasi pesawat itu di Jepun.

Menurut maklumat daripada Yayasan Keselamatan Penerbangan, kira-kira 50 orang terbunuh dalam kemalangan membabit pesawat itu sama ada ketika mengoperasi atau menguji pesawat it.

Pada Ogos lalu, tiga anggota Kor Marin Amerika Syarikat maut dalam kemalangan membabitkan pesawat Osprey di pantai utara Australia ketika mereka terlibat dalam latihan tentera.

Tahun lepas, empat orang anggota tentera Amerika Syarikat terbunuh apabila pesawat Osprey dinaiki mereka terhempas di kawasan terpencil di utara Norway ketika dalam satu latihan tentera negara anggota NATO.

Pada 2017, tiga anggota tentera Marin Amerika Syarikat terbunuh apabila pesawat Osprey terhempas di perairan utara Australia manakala pada tahun 2000, 19 anggota Marin terbunuh selepas pesawat Osprey mereka terhempas dalam latihan di Arizona. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...