Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Tauliah Kapal Selam Nuklear Kelas-Yasen “Kazan”, Dikatakan “Amat Senyap”

Kapal selam “Kazan” itu yang mengambil nama sempena nama sebuah bandar di Russia memiliki berat lebih 11,000 tan dan 130 meter panjang.

0 2,701

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia semalam telah mentauliahkan kapal selam berkuasa nuklear membawa peluru berpandu kruis kelas-Projek 885 Yasen M “Kazan” yang kedua, selepas kapal selam kelas-Yasen yang pertama iaitu “Severodvinsk” yang dilancarkan kira-kira tujuh tahun lepas.

Kapal selam “Kazan” itu yang mengambil nama sempena nama sebuah bandar di Russia memiliki berat lebih 11,000 tan dan 130 meter panjang.

“Kazan” yang disifatkan sebagai ‘super-quiet’ itu dilancarkan di Limbungan Kapal Sevmash, Severodvinsk selepas pembinaannya bermula pada 2009 dan siap pada 2017. Bermula daripada 2017 kapal selam terbaru Russia itu menjalani ‘sea trials.’

Menurut agensi berita Russia, Interfax, semasa ujian percubaan lautnya kapal selam “Kazan” telah melancarkan peluru berpandu utamanya iaitu,  “Kalibr” dan “Oniks.”

Kapal selam yang disifatkan sebagai “amat senyap”dan sukar untuk dikesan itu juga dijangka bakal dilengkapi dengan peluru berpandu Hypersonic iaitu “Tsirkon” yang mempunyai kelajuan di antara Mach 8 hingga Mach 9.

 

Peluru berpandu “Tsirkon”(Zircon) yang bakal melengkapi “Kazan” itu mampu membedil sasaran di sejauh 1,000km hingga 2,000km.

Russia tidak mengatakan berapa banyak peluru berpandu kruis “Kalibr” yang bakal di bawa oleh kapal selam kelas-Yasen terbaru itu, tetapi kapal selam kelas-Yasen yang pertama iaitu “Severodvinsk” membawa 40 peluru berpandu “Kalibr”.

Kapal selam “Severodvinsk” itu bagaimanapun, bukan hanya membawa peluru berpandu “Kalibr” tetapi ia juga membawa peluru berpandu lain seperti “Oniks” manakala “Kazan” pula selain “Oniks”, ia juga akan membawa peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon.”

So berbanding kapal selam kelas-Yasen yang pertama iaitu “Severodvinsk”, kapal selam kelas-Yasen yang kedua iaitu “Kazan” adalah lebih berkuasa kerana kepelbagaian peluru berpandu yang mampu dibawanya.

Pemerhati pertahanan juga mengatakan bahawa kapal selam “Kazan” dilengkapi dengan reaktor nuklear yang baru dengan sistem cooling yang dipertingkatkan berbanding dengan kapal selam “Severodvinsk”.

Kazan

Reaktor nuklear baru yang memacu kapal selam “Kazan” bukan sahaja lebih berkuasa tetapi juga jauh lebih senyap ketika di bawah permukaan air, menyukarkan lagi mana-mana usaha untuk mengesannya.

Menurut portal pertahanan The War Zone, pada 2019 aset-aset tentera laut Amerika Syarikat terdiri daripada kapal selam, pesawat MPA dan kapal perang menghabiskan masa berminggu-minggu di Lautan Atlantik utara mencari kapal selam “Severodvinsk”.

Walaupun menghabiskan masa selama berminggu-minggu dengan kerahan pelbagai aset,  tentera laut Amerika Syarikat dimaklumkan oleh sumber kepada The War Zone, masih gagal untuk mengesan kedudukan kapal selam “Severodvinsk.”

Severodvinsk
Kapal selam kelas-Yasen “Severodvinsk” ketika melancarkan peluru berpandu kruis “Kalibr.”

 

Dan kapal selam “Kazan” yang dilancarkan semalam adalah versi dipertingkatkan dan yang dikatakan adalah jauh lebih senyap daripada “Severodvinsk”.

Apa maksudnya itu, terutamanya kepada pihak-pihak yang cuba mengesannya. Apa peluang mereka untuk berjaya mengesan kapal selam “Kazan.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...