Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Peroleh Konstelasi Satelit Pemantau Bumi Untuk Pertahanan

Kesemua konstelasi satelit pemantau bumi (constellation earth observation satellites) itu yang akan dibangunkan oleh Thales Alenia Space adalah khusus untuk kegunaan Kementerian Pertahanan Indonesia, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Thales.

0 1,253

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thales Alenia Space, sebuah syarikat usahasama antara Thales (67 peratus) dan Leonardo (33 peratus) telah menandatangani kontrak dengan PT Len Industri untuk membekalkan konstelasi satelit pemantau bumi (constellation earth observation satellites) yang menggabungkan radar serta penderia optik.

Kesemua satelit pemantau bumi itu khusus untuk kegunaan Kementerian Pertahanan Indonesia, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Thales.

“Kedua-dua syarikat (Thales Alenia Space dan PT Len Industri) akan menyediakan segmen angkasa lepas dan darat di Indonesia. Konstelasi pemantau bumi termasuk satelit optikal dan radar dioperasi secara bersepadu menerusi segmen pelbagai misi daratan di mana Telespazio sumbangkan.”

“Thales Alenia Space telah mengoperasikan penyelesaian yang berkesan menggunakan teknologi Artificial Intelligence untuk memastikan kemampuan sistem Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).”

“Konstelasi satelit itu akan dioperasikan oleh PT Len Industri untuk memastikan ia mematuhi keperluan Kementerian Pertahanan Indonesia berkenaan keselamatan dan kedaulatan negara.”  

Satelit

Menurut kenyataan lagi, PT Len Industri akan membangunkan segmen daratan pelbagai misi untuk menyediakan kawalan, penyelenggaraan, pemprosesan data dan fungsi analitik untuk Sistem Satelit Pertahanan.

PT Len Industri akan memberikan akses kepada Kementerian Pertahanan Indonesia kepada konstelasi satelit pemantau bumi sedia ada menerusi kerjasama dengan BlackSky.

“Perkhidmatan terbabit akan memberikan kemampuan satelit ISR untuk Kementerian Pertahanan Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia sebelum Sistem Satelit Pertahanan berfungsi sepenuhnya,” menurut kenyataan oleh Thales Alenia Space itu.

Konstelasi pemantau bumi milik Indonesia itu akan dibina berdasarkan kepada kemampuan Thales Alenia Space dalam menyediakan kemampuan radar serta optikal canggih pada ketika ini.

KOPASSUS
Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat. (via internet)

 

Ia akan menggabungkan kemampuan penderia optikal Thales Alenia Space di Perancis dan kepakaran satelit SAR (Synthetic Aperture Radar) Thales Alenia Space di Itali, menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.  

Presiden-Direktor PT Len Industri Bobby Rasyidin menyuarakan keyakinannya tentang kerjasama di antara PT Len itu dengan Thales Alenia Space dan berkata, kerjasama itu adalah langkah positif dalam meningkatkan tahap “kemerdekaan” dalam industri pertahanan.

Ketua Pegawai Eksekutif  Thales Alenia Space Herve Derrey pula berkata bahawa syarikat itu akan menyediakan sistem optikal dan radar yang unik bagi memenuhi keperluan keselamatan dan kedaulatan Indonesia. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

 

 

Comments
Loading...