Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Boeing “Loyal Wingman”, Pesawat Tempur Otonomi

0 607

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Projek pesawat tanpa pemandu atau “autonomous aircraft” dipanggil “Loyal Wingman” yang diusahakan oleh syarikat Boeing dengan Tentera Udara Australia nampaknya berjalan dengan lancar.

Pesawat pertama “Loyal Wingman” itu buat pertama kalinya berjaya bergerak menggunakan kuasa sendiri di atas landasan kapal terbang beberapa hari lepas.

Ia adalah ujian terkini yang dijalani oleh pesawat “autonomous aircraft” sebelum ia melakukan penerbangan pertama yang dijangkakan berlaku pada tahun ini juga.

“Tentera Udara Australia bekerjasama dengan industri untuk mencari penyelesaian innovatif bagi keperluan masa depan,” kata Ketua Kemampuan Tentera Udara Australia Timbalan Marsyal Udara Cath Roberts.

Rakaman pergerakan pertama “Loyal Wingman” menggunakan kuasanya sendiri. (kredit Twitter)

Pesawat pertama “Loyal Wingman” itu meluncur selaju 14 knot di atas landasan itu, melakukan beberapa aktiviti dan menerima arahan daripada pusat pemerintahan.

Pesawat yang mempunyai rekabentuk yang amat menarik ini mampu terbang sejauh 3,700km dan melakukan pelbagai misi daripada sebagai sebuah pesawat pejuang kepada pesawat pemantau dan lain-lain lagi.

Boeing dengan kerjasama Tentera Udara Australia akan membina tiga buah pesawat “Loyal Wingman” untuk “Airpower Teaming System” untuk ditawarkan kepada mana-mana negara yang berminat untuk membelinya.

Ok, apa sebenarnya projek “Loyal Wingman” ini.

Wingman
Pesawat Otonomi “Loyal Wingman” ini mampu terbang sejauh 3,700km. (kredit gambar Boeing)

Ia, sebagaimana yang admin terangkan adalah pesawat yang boleh terbang secara sendiri (autonomous aircraft) seperti juga UAV tetapi berbanding UAV,  Loyal Wingman ini akan bergerak seiring dengan pesawat-pesawat pejuang yang dipandu oleh juruterbang.

Sebab itu ia dinamakan “Loyal Wingman” dan ia akan dikawal oleh sebuah lagi kapal terbang.

Misi pesawat autonomi “Loyal Wingman” adalah untuk membantu pesawat-pesawat Tentera Udara Australia dalam aspek pertahanan dan pemantauan.

 

Wingman
Projek ini menandakan kemungkinan pesawat pejuang tidak lagi memerlukan juruterbang. (kredit gambar Boeing)

Australia, buat permulaannya akan membeli tiga buah pesawat ini untuk kegunaan tentera udaranya.

Kilang pemasangan terakhir pesawat “Loyal Wingman” ini akan didirikan di Queensland, Australia.

Nampaknya kita semua sedang bergerak ke arah semua aset-aset pertahanan dioperasikan secara autonomous daripada pusat kawalan dan pemerintahan, dengan manusia atau operator hanya duduk dibelakang skrin yang besar ribuan kilometer daripada medan peperangan.

Itulah peperangan masa hadapan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...