Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Sasar Nelayan China Di Laut China Selatan

0 620

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam tindakan yang akan meningkatkan lagi kemarahan China, pentadbiran Presiden Donald Trump memutuskan untuk menempatkan kapal-kapal peronda pengawal pantainya di Lautan Pasifik untuk mengawasi nelayan haram negara Komunis itu.

Tujuan utama Amerika Syarikat itu adalah untuk mengekang kebanjiran bot-bot nelayan China yang menjalankan penangkapan ikan secara haram di Pasifik serta laut-laut sekitarnya termasuk Laut China Selatan.

Tindakan itu diumumkan oleh penasihat keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat, Robert O’ Brien.

US Coast Guard
Kapal pengawal pantai Amerika Syarikat. (sumber internet)

Nelayan-nelayan China ini suka menangkap ikan di kawasan-kawasan perairan bertindih, mungkin sebagai strategi Beijing untuk memaksa tuntutan mereka itu.

Jadi, nelayan China ini bukan sekadar nelayan sahaja tetapi Beijing telah menjadikan mereka satu  senjata diplomatik untuk mengukuhkan lagi tuntutan mereka terhadap sesuatu kawasan itu seperti di Laut China Selatan.

Nelayan China jika mereka datang untuk menangkap ikan di sesuatu kawasan, bilangannya bukan satu atau dua buah tetapi di dalam bilangan ratusan serta ribuan buah.

Dan mereka tidak peduli samada kawasan perairan itu milik negara mana, kerana pada mereka kesemua perairan itu adalah milik China.

Nelayan China
The Chinese are coming. (sumber internet)

Untuk makluman tuan-tuan, China ini dianggarkan memiliki 800,000 bot nelayan iaitu kira-kira separuh daripada bilangan nelayan di seluruh dunia.

Memandangkan perairan China berhadapan dengan kekurangan sumber perikanan (depleted fish resources) akibat “overfishing”, maka perairan negara-negara jiran termasuk Malaysia menjadi sasaran mereka.

Laut China Selatan pula diakui bukan sahaja perairan yang kaya dengan minyak dan gas tetapi juga sumber-sumber perikanan.

Ini diakui sendiri oleh badan-badan penyelidik antarabangsa termasuk Food and Agriculture Organisation (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

China
Kapal peronda pantai China menyembur air terhadap kapal penguatkuasa maritim Vietnam. (sumber internet)

Sebab itulah, bot-bot nelayan China belayar sehingga ke Mauritania di Afrika (dalam kes enam bot nelayan yang ditahan di Johor) dan ke Pulau Galapagos di Ecuador, Amerika Selatan untuk menangkap ikan.

Jika nelayan China boleh belayar untuk menangkap ikan secara haram sehingga di Afrika dan Amerika Selatan, apalah sangat di Laut China Selatan.

Lama-kelamaan laut kita akan “kering” akibat kerakusan nelayan-nelayan asing ini.

Kehadiran nelayan-nelayan China di sesuatu perairan itu juga kebiasaanya akan diiringi dengan kapal-kapal pengawal pantai China dan kadangkala kapal tentera laut negara itu, menjadikan usaha penguatkuasaan oleh negara tuan rumah hampir mustahil.

Malah bot-bot nelayan tempatan termasuk nelayan-nelayan kita akan dihalau oleh mereka.

APMM
Pesawat peronda Malaysia menemui sebuah kapal peronda pantai China berhampiran Beting Patinggi Ali. (sumber internet)

Admin masih ingat laporan media tentang bagaimana nelayan-nelayan kita yang menangkap ikan di Beting Patinggi Ali dan di Sabah telah dihalau oleh kapal-kapal pengawal pantai China yang meronda di kawasan perairan milik Malaysia itu.

Jika nelayan-nelayan kita sendiri pun tidak boleh menangkap ikan di perairan sendiri, di mana mereka mahu mencari rezeki, terutamanya di dalam zaman kegawatan ekonomi masa ini.

Mungkin disebabkan itulah, Amerika mahu mengerahkan kapal-kapal pengawal pantainya atau dpanggil “Cutter” ke Pasifik dan kemungkinan menjadikan kepulauan American Samoa sebagai pengkalan hadapan mereka.

Nelayan
Terdapat hampir 800,000 bot nelayan di China. (sumber internet)

Kapal-kapal pengawal pantai Amerika Syarikat ini akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan negara terlibat di dalam menguatkuasakan undang-undang maritim mereka daripada pencerobohan dan penangkapan ikan secara haram oleh nelayan China.

Admin harap APMM dan US Coast Guard dapat bekerjasama dalam usaha ini untuk mengekang kebanjiran bukan sahaja nelayan-nelayan China tetapi juga nelayan-nelayan Vietnam di dalam perairan negara.

Bagi Vietnam pula, dianggarkan negara itu mempunyai hampir 100,000 nelayan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...