[VIDEO] Rakaman Dramatik Pesawat Pengangkut Prototaip Russia Terhempas, Tiga Terbunuh
Kesemua tiga anak kapal yang berada di dalam pesawat prototaip itu terbunuh dalam kejadian terbabit.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pengangkut prototaip Russia “IL-112V” terhempas ketika dalam ujian penerbangan di Kubinka, luar Moscow.
Kesemua tiga anak kapal yang berada di dalam pesawat prototaip itu terbunuh dalam kejadian terbabit.
Setakat ini, masih tidak diketahui tentang punca insiden itu dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Russia.
Sebagaimana laporan oleh saksi kejadian dan rakaman kejadian yang viral, salah satu enjin pesawat itu kelihatan terbakar sebelum ia terhempas.
Pesawat “IL-112V” itu menurut portal pertahanan Defense Blog, telah dibangunkan oleh syarikat Ilyushin Aircraft Company sejak 2014 untuk mengangkut anggota tentera, peralatan dan senjata.
#BREAKING: Prototype of Il-112 transport aircraft crashed. The airplane with RF-41400 register & 01 YELLOW b/n was already in #Russia Air Force service. It crashed in #Kubinka, #Moscow during a test flight. All crew members are killed. This is a huge impact on the Il-112 program. pic.twitter.com/M3OYHbVwJ9
— Babak Taghvaee – The Crisis Watch (@BabakTaghvaee1) August 17, 2021
Ia dibangunkan untuk menggantikan pesawat An-24 dan An-26, dengan penerbangan pertama telah dilaksanakan pada 2019.
Penerbangan kedua pesawat prototaip itu dilakukan tahun ini.
Comments are closed.