Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Lancar Latihan Tentera Besar-Besar Berhampiran Taiwan, Amaran Kepada AS

Menurut pakar-pakar yang dipetik oleh akhbar nasionalis China, Global Times, latihan melibatkan serangan berskala besar amfibia dan pendaratan anggota tentera China di Taiwan.

0 5,832

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera China hari ini melancarkan latihan besar-besaran termasuk melibatkan penembakan peluru hidup di beberapa kawasan perairan berhampiran dengan Taiwan sebagai reaksi terhadap provokasi daripada Amerika Syarikat serta “puak-puak kemerdekaan” di pulau itu.

Menurut pakar-pakar yang dipetik oleh akhbar nasionalis China, Global Times, latihan melibatkan serangan berskala besar amfibia dan pendaratan anggota tentera China di Taiwan.

“Latihan tentera itu memberikan petanda jelas kepada Amerika Syarikat dan puak-puak pemisah Taiwan pada ketika tentera negara itu (Amerika Syarikat) kehilangan kredibiliti selepas ia berundur dalam keadaan memalukan daripada Afghanistan,” menurut akhbar itu.

Pemerintahan Timur Tentera China mengerahkan kapal-kapal perang, pesawat-pesawat peperangan anti-kapal selam (ASW) dan pesawat pejuang di beberapa bahagian di selatan Taiwan.

Jurucakapnya Kolonel Shi Yi berkata, latihan melibatkan tembakan peluru hidup dan operasi bersama antara semua cabang angkatan tentera negara itu.

Taiwan

Sementara itu Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, unit-unit pertahanan udaranya mengesan pencerobohan 11 pesawat tentera China memasuki Air Defence Identification Zone (ADIZ) yang terletak di selatan negara pulau itu.

Pesawat-pesawat China itu terdiri daripada sebuah pesawat Y-8 (ASW), sebuah Y-8 (EW),  sebuah KJ-500 AEWC, enam J-16 dan dua H-6K.

Taiwan

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...