Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Diambang Perang Saudara?

0 563

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sekumpulan anggota militan kulit putih Amerika Syarikat merancang menculik gabenor Michigan Gretchen Whitmer dan menumbangkan kerajaan negeri dipimpinnya kerana didakwa “melanggar perlembagaan negeri.”

Tindakan militan kulit putih itu dianggap sebagai aktiviti kegiatan keganasan dalam negeri (domestic terrorism activities) .

Whitmer
Gabenor Michigan Gretchen Whitmer. (sumber internet)

Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa kumpulan ini mahu mencetuskan perang saudara di antara warga kulit putih dan kulit hitam Amerika Syarikat.

Pihak Federal Bureau of Investigation (FBI) telah menangkap 13 anggota militan kulit putih yang terlibat dengan kumpulan militan kulit putih  dikenali dengan nama, “Wolverine Watchmen” yang dipercayai bertanggungjawab terhadap aktiviti keganasan itu.

militan
Lima darpada 13 anggota milita “Wolverine Watchmen” yang ditangkap oleh FBI atas tuduhan cuba menculik Gabenor Michigan Gretchen Whitmer. (sumber Twitter)

Gabenor Whitmer menjadi sasaran beberapa pihak termasuk militan kulit putih dan “white supremacist” yang majoritinya adalah penyokong Presiden Donald Trump kerana melaksanakan beberapa tindakan yang dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Michigan.

Donald TrumpAntara tindakan beliau yang paling dibenci oleh kumpulan ektremis kulit putih itu melibatkan langkah mencegah penularan pandemik COVID-19.

Kulit Putih

Kulit putih
Anggota kumpulan-kumpulan militia kulit putih. (sumber internet)

Whitmer mengundang kemarahan kumpulan militan dan ekstremis kulit putih kerana mengeluarkan arahan supaya penduduk MIchigan tidak dibenarkan keluar daripada rumah bagi mengekang penularan penyakit Coronavirus itu.

Tindakan itu dianggap sebagai melanggar Perlembagaan Michigan, selain norma kebebasan di dalam masyarakat Amerika Syarikat.

Tidak berpuashati dengan keputusan yang diambil oleh Gabenor Whitmer, kumpulan militan dan ekstremis kulit putih serta penyokong-penyokong mereka telah berkumpul di ibu negara Michigan.

Mereka bukan setakat berkumpul, tetapi mereka juga membawa segala jenis senjata untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Negeri Michigan, salah satu daripada negeri di Amerika Syarikat, memiliki undang-undang yang relax terhadap pemilikan senjata api.

Penduduknya bebas membawa senjata api ke mana-mana termasuk ketika bertandang ke ibu negaranya itu, sebagaimana yang dilihat ketika perhimpunan menentang keputusan yang dibuat oleh Gabenor Whitmer.

Kumpulan militan kulit putih itu merancang mengumpulkan kira-kira 200 orang dan menyerbu bangunan pentadbiran di ibu negara itu serta menculik pekerja.

Kulit Hitam
Anggota militia kulit hitam ketika berarak di Amerika Syarikat.

Jika rancangan itu gagal, kumpulan militan terbabit merancang untuk menyerang rumah gabenor MIchingan itu.

Mereka merancang untuk melakukan tindakan keganasan itu sebelum pilihanraya presiden Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Undang-undang pemilikan senjata api yang relax di Amerika Syarikat telah menyuburkan lagi penubuhan kumpulan-kumpulan militia seperti “Wolverine Watchmen”, “Michigan Militia”, ” Militia of Montana”, “3 Percenters”, “Oath Keepers”, “New York Light Foot Militia”, “Kentucky State Militia”, “Southeastern Ohio Defense Force dan lain-lain.

Menurut kajian oleh pertubuhan bukan kajian pada 2015, terdapat 276 kumpulan militia di Amerika Syarikat.

Namun, kumpulan-kumpulan militia ini bukan sahaja dikalangan warga kulit putih di Amerika Syarikat tetapi juga kulit hitam.

Antara yang paling mendapat perhatian akhir-akhir ini adalah daripada kumpulan militia kulit hitam yang dikenali dengan nama “Not F..king Around Coalition” (NFAC) yang diketuai oleh seorang lelaki John Fitzgerald Johnson aka “Grandmaster Jay.”

Kulit Hitam

Terbaru, ratusan anggota kumpulan lengkap bersenjata telah berarak di Lafayette, Louisiana untuk membantah pembunuhan seorang lelaki berusia 31 tahun ditangan pihak polis tempatan.

Selain NFAC, kes-kes ketidakadilan polis terhadap warga kulit hitam Amerika dan penindasan terhadap masyarakat African American telah meningkatkan bilangan kumpulan-kumpulan militan kulit hitam.

Antaranya adalah New Black Panther Party for Self Defense dan lain-lain.

Sehingga tahun lepas, dianggarkan sebanyak 180 kumpulan jenayah kebencian (hate groups) daripada warga kulit hitam Amerika Syarikat telah dikesan wujud di negara itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

 

Comments
Loading...