Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(Video) British Bakal Guna “Protector” RG MK1

0 487

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Remotely Piloted Air System (RPAS) “Protector” RG Mk1 akan menggantikan 10 buah UAV MQ-9 Reaper yang kini sedang digunakan oleh Tentera British.

MQ-9 Reaper digunakan untuk tujuan ISTAR (Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaisance) and Target.

Tentera British akan membeli 16 buah “Protector” yang dibuat oleh syarikat pertahanan Amerika Syarikat, General Atomics Aeronautical System dalam kontrak bernilai US$82.3 juta.

Sistem Remotely Piloted Air System (RPAS) “Protector” yang akan digunakan oleh Tentera British. (sumber Twitter)

“Protector” akan dilengkapi dengan sistem komunikasi X-Band Communication (SATCOM) bagi membolehkan pendaratan dan perlepasan secara automatic.

Sistem RPAS yang ditakrifkan sebagai Medium Altitude Long Endurance (MALE) ini mampu terbang selama 40 jam.

Ia akan dilengkapi dengan sistem peluru berpandu “Brimstone” buatan syarikat MBDA dan “Paveway IV” buatan syarikat Raytheon UK.

Brimstone
“Protector” akan menggunakan peluru berpandu “Brimstone” buatan syarikat MBDA. (sumber internet)

Protector pertama dijangka memasuki perkhidmatan tentera British pada tahun depan, dengan keseluruhan perolehan sistem RPAS itu selesai pada 2023.

Ia juga akan memainkan peranan ISTAR.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...