Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(Video) Depoh Tempatkan 7,500 Tan Peluru Meletup Di Russia

0 591

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah depoh peluru yang menempatkan kira-kira 75,000 tan peluru dan pelbagai senjata di Ryazan, yang terletak di selatan Moscow telah meletup.

Letupan besar yang berjaya dirakam oleh orang ramai yang tinggal berhampiran itu telah mengakibatkan kebakaran besar dan asap yang tebal.

Menurut pegawai tempatan, letupan depoh peluru itu dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan yang merebak sehingga menyebabkan letupan peluru-peluru dan bahan letupan.

(Beberapa rakaman video tentang kebakaran depoh peluru di Russia)

Kira-kira 2,000 orang penduduk yang tinggal didalam radius 5km telah pun dipindahkan akibat letupan depoh peluru.

Pihak berkuasa tempatan telah mengerahkan 400 orang anggota bomba untuk cuba mengawal kebakaran dan memadamkannya.

Mereka turut menggunakan helikopter untuk cuba memadamkan kebakaran.

Setakat ini, hanya lima orang dilaporkan mengalami kecederaan akibat kejadian itu.

Depoh
Kebakaran depoh peluru di Ryazan dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa kilometer. (sumber internet)

Pihak berkuasa tempatan juga telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Ini termasuk mereka yang mungkin tidak mematuhi peraturan dalam mengendali bahan letupan dan peluru di kawasan depoh.

Kejadian letupan depoh peluru di Russia bukanlah sesuatu yang jarang berlaku berikutan banyak peluru-peluru dan bahan letupan yang lama.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...