Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Unik… Pesawat Pejuang Generasi Kelima F-35, Su-57 Milik Amerika dan Russia Bersaing di Aero India

Penganalisis pertahanan antarabangsa mendakwa ia adalah kali pertama di mana pesawat pejuang F-35 Lightning II dan Su-57 Felon berada di satu lokasi pada masa yang sama dan berkongsi ruang udara yang sama.

0 7,381
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat, F-35 Lightning II tiba di Pangkalan Tentera Udara India di Yehalanka, Bengaluru hari ini untuk menyertai pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57 Felon yang tiba beberapa hari sebelum itu.
Ia adalah situasi yang unik bagi mereka yang berada di Pangkalan Udara Yehalanka untuk melihat kedua-dua pesawat pejuang generasi kelima milik Amerika Syarikat dan Russia berada hanya beberapa meter daripada satu sama lain.
Ini merupakan penyertaan kali pertama Su-57 pada pameran Aero India manakala F-35 pernah menyertai pameran udara dua kali setahun itu pada 2023.
Penganalisis pertahanan antarabangsa mendakwa ia adalah kali pertama di mana pesawat pejuang F-35 Lightning II dan Su-57 Felon berada di satu lokasi pada masa yang sama dan berkongsi ruang udara yang sama.
Kehadiran pesawat pejuang F-35 milik Amerika Syarikat di Aero India itu turut disertai oleh dua buah pesawat pejuang F-16.
Walaupun kedua-dua pesawat pejuang generasi kelima Amerika Syarikat dan Russia itu akan berada dan menyertai pameran Aero India 2025, namun hanya Su-57 Felon akan terlibat dengan demonstrasi udara manakala F-35 akan hanya menyertai pameran statik sahaja.
Su-57
Su-57 di Pangkalan Udara Yehalanka, Bengaluru untuk menyertai Aero India 2025.
Menurut laporan media tempatan yang memetik sumber berkata, bahawa punca utama mengapa  F-35 milik Amerika Syarikat itu tidak menyertai demonstrasi udara pada Aero India oti adalah kerana ia kekurangan juruterbang demo.
Kehadiran kedua-dua pesawat pejuang generasi kelima milik Russia dan Amerika Syarikat pada Aero India kali ini amat menarik kerana kedua-dua negara kuasa besar itu sedang “memujuk” New Delhi supaya memilih pesawat pejuang generasi kelima keluaran mereka.
Tentera Udara India memerlukan pesawat pejuang generasi kelima dengan cepat untuk bersaing dengan musuh-musuh tradisinya iaitu Pakistan yang bakal memiliki pesawat pejuang generasi kelima buatan China, J-35A manakala China telah pun mengoperasikan J-20 Mighty Dragon sejak beberapa tahun lalu dan bakal dibantu oleh J-35A.
Untuk bersaing dengan Pakistan dan China yang bakal dan telah pun dilengkapi dengan pesawat pejuang generasi kelima, India tidak lagi boleh bergantung dengan pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4 +++ miliknya seperti Rafale buatan Perancis dan juga Sukhoi Su-30MKI buatan Russia.
New Delhi memerlukan pesawat pejuang generasi kelima untuk menangani pesawat pejuang generasi kelima yang bakal dan telah pun dimiliki oleh jiran-jirannya.
Amerika Syarikat menawarkan F-35 manakala Russia pula Su-57.
Su-57
Su-57 dan F-35 di Pangkalan Udara Yehalanka, Bengaluru untuk menyertai Aero India 2025.
Russia telah pun menawarkan pembuatan bersama (joint production) pesawat pejuang generasi kelimanya, Su-57 Felon dan juga bekerjasama dalam program pesawat pejuang generasi kelima India dipanggil Advanced Medium Combat Aircraft (AMCA).
 Program AMCA adalah projek pesawat pejuang generasi kelima India yang sedang dibangunkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dan Aeronautical Development Agency (ADA) di bawah kawalan Defence Research and Development Organisation (DRDO).
Ketua Pengarah Rosoboronexport, Alexander Mikheev menyatakan bahawa India telah ditawarkan kerjasama menyeluruh dalam projek Su-57E (varian export), termasuk pengeluaran tempatan.
“Tawaran kami merangkumi pembekalan pesawat yang telah siap dipasang, penyusunan pengeluaran bersama di India, serta sokongan dalam pembangunan pesawat pejuang generasi kelima India,” kata Mikheev seperti yang dipetik oleh Sputnik India.
Tawaran itu dibuat ketika Russia mempergiat usaha mempromosikan Su-57 untuk pasaran eksport, dengan syarikat pertahanan milik kerajaan, Rostec, mendakwa permintaan global terhadap pesawat itu semakin meningkat.
Su-57
Su-57 dan Su-30MKI Tentera Udara India di Pangkalan Udara Yehalanka, Bengaluru untuk menyertai Aero India 2025.
Su-57
Su-57
“Su-57 adalah pesawat generasi kelima yang canggih… Kami menjangkakan minat yang tinggi terhadap pesawat ini di pertunjukan udara di Bengaluru. Selain menambah baik pesawat dan mempromosikannya ke pasaran baharu, pakar dari United Aircraft Corporation (UAC) juga sedang berusaha memperluaskan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” menurut kenyataan Rostec.
Syarikat itu turut menambah bahawa Su-57 merupakan satu-satunya pesawat pejuang generasi kelima di dunia yang telah membuktikan keupayaannya dalam menentang sistem pertahanan udara Barat dalam situasi pertempuran sebenar.
— DEFENCE SECURITY ASIA
 
Leave A Reply

Your email address will not be published.