Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Lulus Penjualan 54 Peluru Berpandu AIM-120C-8 AMRAAM Bernilai RM572 Juta Pada Singapura

Penjualan peluru berpandu udara-ke-udara canggih itu, berkemungkinan besar akan digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang F-35B (dijangka mula diterima pada tahun 2026) dan F-15SG Tentera Udara Republik Singapura.

0 10,604
(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan 54 unit varian terkini peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120C-8 AMRAAM kepada Singapura bernilai US$133 juta (RM572 juta).
Penjualan peluru berpandu udara-ke-udara canggih itu, berkemungkinan besar akan digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang F-35B (dijangka mula diterima pada tahun 2026) dan F-15SG Tentera Udara Republik Singapura.
Singapura turut menggunakan varian peluru berpandu sebelum ini, AIM-120C-7 pada pesawat-pesawat pejuang.
Kontrak penjualan peluru-peluru berpandu yang dibangunkan oleh firma RTX (dahulu dikenali sebagai Raytheon) adalah dibawah metod Foreign Military Sales (FMS).
Selain 54 buah peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120C-8 itu, kontrak dengan Singapura itu  itu turut meliputi guidance sections peluru berpandu berkenaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh US Defense Security Cooperation Agency (DSCA) pada 9 Sept lalu.
AMRAAM
Peluru berpandu AIM-120C-8 AMRAAM
Peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120C-8 adalah peluru berpandu khusus untuk pasaran eksport daripada peluru berpandu AIM-120D menggunakan software berlainan.
Kedua-dua peluru berpandu itu (AIM-120C-8 dan AIM-120D) dibangunkan dibawah Fit, Function Refresh (F3R) dan penerbangan pertama peluru berpandu udara-ke-udara itu adalah pada Sept 2023, menurut RTX Corp.
Peluru berpandu AIM-120D AMRAAM dilaporkan mempunyai jarak sejauh 160km dengan kelajuan Mach 4.
“Cadangan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara itu akan menyokong dasar luar dan matlamat keselamatan dalam negara Amerika Syarikat dengan membantu meningkatkan keselamatan rakan strategik yang merupakan kuasa penting untuk kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Asia,” menurut DSCA.
DSCA tidak menjelaskan jenis pesawat yang menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara itu, tetapi Tentera Udara Republik Singapura itu mengoperasikan pesawat-pesawat pejuang F-15SG dan juga telah memesan 12 buah pesawat pejuang F-35B VSTOl (Vertical Short Take-Off Landing).
F-35B
F-35B (VSTOL)
Pada ketika ini, Singapura memiliki 40 buah pesawat pejuang F-15SG yang mula diperolehinya secara berperingkat pada 2005, yang dioperasikan oleh Skuadron 142 serta Skuadron 149 Tentera Udara Republik Singapura.
Pada 2019, republik itu mengumumkan perolehan empat buah pesawat F-35 yang dianggarkan bernilai US$2.75 bilion (RM11 bilion) , menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Pada Februari 2023,  Singapura mengumumkan bahawa ia menambah pembelian lapan buah lagi pesawat pejuang generasi kelima, F-35B keluaran syarikat Lockheed Martin, menjadikan keseluruhan pesawat pejuang generasi kelima yang akan dimiliki oleh Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) sebanyak 12 buah.
Keempat-empat pesawat pejuang generasi kelima itu bakal diterima oleh Singapura pada 2026, manakala selebihnya akan mula diterima pada akhir dekad ini.
“Kementerian Pertahanan Singapura dan Angkatan Tentera Singapura telah merumuskan bahawa pesawat F-35 adalah pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan pertahanan Singapura pada ketika ini dan masa depan,” kata Menteri Pertahanan republic itu, Dr Ng Eng Hen dilaporkan berkata di Parlimen negara itu.
AMRAAM
AIM-120 AMRAAM
Tentera Udara Singapura memiliki 62 buah pesawat pejuang F-16C/D Block 52, dengan 14 daripada pesawat itu ditempatkan di Luke Air Force Base di Arizona, Amerika Syarikat manakala 48 buah pesawat ditempatkan di pangkalan udara dalam negara.
Penempatan sejumlah pesawat itu ditempatkan di Amerika Syarikat untuk tujuan latihan.
Amerika Syarikat membekalkan Singapura dengan 62 buah pesawat F-16 itu di antara 1998 hingga 2003. — DSA

Comments
Loading...