Turkiye Terima Kapal Friget Kebangsaannya Yang Pertama, TCG Istanbul
“Kapal friget TCG Istanbul, kapal friget MILGEM kelas-İstif telah mengambil tempatnya di kalangan lima buah kapal friget tercanggih dunia menerusi rekabentuknya dan teknologinya, “ kata pengurus besarnya STM Ozgur Guleryuz.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Beberapa hari lalu, Tentera Laut Turkiye telah menerima tiga buah kapal dan sebuah Unmanned Surface Vessel (USV) yang dibina dalam negara termasuk kapal friget kebangsaannya yang pertama yang diberikan nama “TCG Istanbul” dengan 80 peratus tahap lokalisasi (localisation).
Kontraktor utama bagi kapal friget TCG Istanbul adalah syarikat STM dan merupakan kapal friget pertama direkabentuk oleh jurutera-jurutera perkapalan Turkiye.
Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan yang hadir dalam majlis bagi penerimaan aset-aset baru untuk Tentera Laut Turkiye itu menyatakan bahawa kekuatan tentera lautnya semakin meningkat menerusi penerimaan kapal-kapal baru itu.
“Saya sepenuh hati percaya kita akan memperolehi kejayaan-kejayaan baru dalam tempoh mendatang ini,” kata beliau dalam ucapannnya.
Aset-aset baru yang baru diterima oleh Tentera Laut Turkiye adalah kapal friget TCG Istanbul, kapal replenishment TCG Derya, kapal bantuan lojistik TCG Lt Arif Ekmekci serta kapal USV, MARLIN.
“Kapal friget TCG Istanbul, kapal friget MILGEM kelas-İstif telah mengambil tempatnya di kalangan lima buah kapal friget tercanggih dunia menerusi rekabentuknya dan teknologinya, “ kata pengurus besarnya STM Ozgur Guleryuz.
Menurut pemerhati, kapal friget TCG Istanbul merupakan varian yang lebih besar daripada kapal korvet kelas-Ada.
Sasaran tahap lokalisasi tempatan bagi kapal friget TCG Istanbul pada mulanya ditetapkan pada 75 peratus tetapi pihak STM berjaya meningkatkannya kepada 80 percent, seterusnya menjadikannya sebagai kapal perang yang paling tinggi tahap lokalisasi di Turkiye.
Dengan berat keseluruhan kapal friget TCG Istanbul itu hampir mencecah 3,000 tan, ia turut dilengkapi dengan sistem peperangan elektronik buatan tempatan, sistem pengurusan kombat (Combat Management System) dan pelbagai lagi.
Ia juga akan menggunakan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” yang dibangunkan oleh industri pertahanan tempatan Turkiye. Selain itu ia juga akan dilengkapi dengan “GOKDENIZ” Close-In Weapon System (CIWS), meriam-meriam 76mm dan 25mm serta torpedo.
Kapal friget kelas-Istif TCG Istanbul itu direka untuk tugasan anti-kapal selam, permukaan dan peperangan anti-udaran selain ISR (Intelligence, Surveillance dan Reconnaisance) serta juga untuk misi-misi amaran awal.
Ia dilengkapi dengan Advent Battle Management System yang dibangunkan oleh syarikat tempatan HAVELSAN, MIDLAS sistem pelancar vertical and sistem radar AESA “CENK-S AESA, radar navigasi ALPER dan pelbagai lain.
Dengan kelajuan 14 knot, kapal friget TCG Istanbul boleh beroperasi sejauh 5600 batu nautika.
Untuk peperangan anti-kapal selam, kapal friget keluaran tempatan Turkiye yang pertama itu turut dilengkapi dengan helikopter SH-70 dan juga FERSAH yang merupakan “hull mounted medium frequency active/passive” sonar system.
Pihak Turkiye akan membina tiga lagi buah kapal friget kelas-Istifm TCG Izmir (F-516), TCG Içel (F-517) dan TCG Izmit (F-518) .
Program pembinaan kapal friget kelas-Istif diancarkan untuk menggantikan kapal-kapal friget kelas Yavuz yang akan dibersarakan pada pertengahan tahun-tahun 2020-an. — DSA
To contact email: [email protected]
Comments are closed.