Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Greek Terima “Rafale” Pertama Daripada 18 Buah Ditempah

Pada Januari lepas, Greek menandatangani perjanjian bernilai US$2.8 bilion dengan Perancis untuk membeli 18 buah pesawat pejuang pelbagai guna dua enjin Rafale.

0 2,200

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Greek telah menerima pesawat pejuang Rafale yang pertama daripada 18 buah yang ditempah daripada Perancis semalam, yang sudah semestinya akan menghangatkan lagi perseteruan antara negara itu dengan jirannya, Turki.

Pada Januari lepas, Greek menandatangani perjanjian bernilai US$2.8 bilion dengan Perancis untuk membeli 18 buah pesawat pejuang pelbagai guna dua enjin Rafale.

Pesawat pejuang pertama Rafale Tentera Udara Rafale (dipanggil Tentera Udara Hellenic) itu telah diterima oleh Menteri Pertahanan negara itu, Nikos Panagiotopoulos di kemudahan syarikat Dassault Aviation di Istres, selatan Perancis.

Dassault Aviation merupakan syarikat Perancis yang membangunkan pesawat pejuang Rafale itu.

18 buah pesawat pejuang Rafale yang dibeli Greek daripada Perancis itu terdiri daripada 12 buah pesawat terpakai manakala enam pesawat yang lain adalah baru.

rafale

Enam buah pesawat Rafale terpakai yang dibeli oleh Greece itu diperolehi pada tahun ini manakala enam pesawat pejuang Rafale baru pula akan diperolehi pada tahun depan.

Greek akan memperolehi enam pesawat pejuang Rafale terpakai yang terakhir pada tahun 2023.

Menurut syarikat Dassault Aviation, pesawat-pesawat Rafale akan memberikan Tentera Udara Greek pesawat pejuang pelbagai guna terkini untuk membolehkan negara itu mempertahankan kedudukan ge-strategik dan kedaulatannya.

rafale

Ia juga menggambarkan komitmen Perancis untuk memenuhi kehendak Greek dan menyertai usaha negara itu untuk mempertahankan kedaulatannya.

Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu Eric Trappier berkata pesawat pejuang Rafale itu merupakan “strategic game changer” untuk Greek.

“Rafale akan memainkan tugas strategik dengan memastikan kepimpinan Greek sebagai kuasa serantau,” katanya,

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...