Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Cadangan Perolehan Pesawat Terpakai F/A-18D Kuwait Masih “Di Peringkat Awal”

Tidak ada lagi perbincangan dengan pihak Kuwait lagi, jadi selagi tiada lagi perbincangan dengan Kuwait, maka kemungkinan besarnya adalah cadangan untuk memiliki pesawat pejuang terpakai F/A-18D milik Tentera Udara Kuwait itu tidak akan terlaksana didalam masa terdekat ini.

0 1,661

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini menyatakan bahawa cadangan Malaysia untuk memperolehi pesawat-pesawat terpakai F/A-18D Hornet daripada Kuwait masih di “peringkat awal.”

“Saya sudah bangkitkan di Parlimen mengenai usaha meningkatkan keupayaan pertahanan negara dan kita berminat mendapatkan F/A-18D.

“Kita sedang cuba mendapatkan aset yang (mempunyai nilai) lebih tinggi. Jika masih boleh digunakan, ia bagus,” katanya selepas melancarkan program Kerjaya Ekonomi Gig untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.

Kerajaan Kuwait dijangka melucut tauliah pesawat F/A-18C/D miliknya selepas menerima dan mengoperasikan pesawat terbaru F/A-18E/F (Super Hornet) yang kini dalam proses penghantaran oleh syarikat Boeing.

“Namun inisiatif ini masih menunggu perbincangan antara kedua-dua negara atau di peringkat kerajaan dengan kerajaan. Sekiranya inisiatif ini berjaya direalisasikan, sudah pasti ia akan meningkatkan tahap kesiagaan dan keupayaan TUDM dalam menjaga ruang angkasa negara,” katanya.

Hornet

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Timbalan Menteri itu tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan oleh perbincangan di “peringkat awal” itu, sama ada ia membabitkan pelbagai pihak di dalam Kementerian atau perbincangan awal itu turut melibatkan pihak Kuwait.

Bagaimanapun, memandangkan pihak Kuwait telah pun menafikan wujudnya perbincangan antaranya dengan Malaysia tentang pesawat terpakai F/A-18D miliknya itu, maka admin berpendapat “peringkat awal” yang dimaksudkan oleh Timbalan Menteri hanya melibatkan pihak di dalam Kementerian Pertahanan.

Tidak ada lagi perbincangan dengan pihak Kuwait lagi, jadi selagi tiada lagi perbincangan dengan Kuwait, maka kemungkinan besarnya adalah cadangan untuk memiliki pesawat pejuang terpakai F/A-18D milik Tentera Udara Kuwait itu tidak akan terlaksana didalam masa terdekat ini.

Dalam sektor perolehan pertahanan di Malaysia ini, kita sudah acap kali berhadapan dengan perkara yang sama sebagaimana cadangan perolehan pesawat terpakai F/A-18D Kuwait, yang dijangka akan berakhir dengan kekecewaan.

Kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan hari ini tidak memberikan sebarang keyakinan bahawa lapan buah pesawat F/A-18D milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengalami penambahan dalam waktu terdekat ini.

Hornet
Pesawat F/A-18C/D milik Tentera Udara Kuwait

 

Adalah lebih baik kita berhenti bersorak tentang cadangan perolehan F/A-18D kerana admin berkeyakinan ia tidak akan menjadi kenyataan.

Tunggu sahajalah tahun 2035 atau 2040 untuk melihatkan pesawat-pesawat MRCA yang baru apabila lapan buah F/A-18D Hornet dan 18 buah Sukhoi Su-30MKM itu ditamatkan khidmatnya.

Pada November lepas, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad memberitahu media bahawa beliau akan bertemu dengan Panglima Tentera Udara Kuwait  untuk membincangkan tentang kemungkinan TUDM memperolehi pesawat F/A-18C/D Hornet terpakai daripada negara Timur Tengah itu.

Panglima TUDM mengatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Panglima Tentera Udara Kuwait di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika menghadiri pameran Dubai Airshow 2021 yang bakal berlangsung di Dubai World Central daripada 14 hingga 18 November 2021.

Tentera Udara Kuwait memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pesawat-pesawat F/A-18 C/D miliknya selepas ia memutuskan untuk memperolehi pesawat-pesawat F/A-18 E/F Super Hornet serta Eurofighter Typhoon.

Hornet
Pesawat F/A-18 E/F Super Hornet Tentera Udara Kuwait.

 

Ia memiliki sebanyak 27 buah pesawat F/A-18 C/D dan tujuh buah pesawat F/A-18D pada ketika ini.

Untuk menggantikan pesawat F/A-18C/D dan F/A-18D atau dipanggil “legasi Hornet”, Kuwait telah membeli sebanyak 28 buah pesawat Super Hornet yang terdiri daripada 22 buah pesawat satu tempat duduk F/A-18E dan enam buah pesawat F/A-18F Super Hornet yang beroperasi daripada Pangkalan Udara Ahmed al-Jaber.

Selain pesawat-pesawat pejuang Super Hornet, Kuwait turut membeli 28 buah  pesawat Eurofighter Typhoon yang dibangunkan oleh BAE Systems. 

Eurofighter
Kuwait turut memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon.

 

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Comments
Loading...