Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Su-30MKM TUDM “Berpatah Balik” Pada Singapore Air Show?

Menurut ciapan Twitter milik portal pertahanan Alert 5, pesawat pejuang TUDM itu terpaksa berpatah balik ke Malaysia selepas mendapati “tiada slot” untuknya pada kawasan pameran statik pada Singapore Air Show 2022 itu.

10,403

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikatakan terpaksa berpatah balik ke Malaysia sehari selepas tiba di Singapura pada 13 Februari untuk menyertai Singapore Air Show 2022 di republik terbabit.

Menurut ciapan Twitter milik portal pertahanan Alert 5, pesawat pejuang TUDM itu terpaksa berpatah balik ke Malaysia selepas mendapati “tiada slot” untuknya pada kawasan pameran statik pada Singapore Air Show 2022 itu.

“The Su-30MKM arrived in Singapore on Feb 13 and left the next day because there is “no slot” for them at the #SGAirshow2022 static area,” menurut ciapan akaun Twitter Alert 5 di @alert5 hari ini.

Ciapan Twitter itu mendapat 26 Retweet dan 85 Likes sehingga pada pukul 5.20 petang tadi.

Menurut arion chong@ArionChong, kejadian itu adalah sesuatu yang melucukan di mana hak untuk mendaratkan pesawat telah diberi tetapi tiada slot untuk pameran.

Su-30MKM

Satu lagi komentar MILLER@Warthog_sicario pula berkata, ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan kerana aksi pesawat pejuang Su-30MKM di ruang udara Singapura adalah yang paling menarik yang pernah disaksikannya.

Rahman Ariffin#KitaJagaKita@ManPin pula berkata, seseorang perlu mengambil tanggungjawab di atas insiden yang didakwa menimpa pesawat Su-30MKM di Singapore Air Show itu.

Pesawat Su-30MKM milik TUDM bukanlah asing kepada Singapore Air Show kerana sebuah pesawat pejuang itu daripada No 11 Skn turut menyertai pameran itu pada 2018 dan terlibat dalam aksi pertunjukan udara yang amat menakjubkan.

Su-30MKM
Aksi pesawat Su-30MKM pada Singapore Air Show 2018. (TUDM)

 

Aksi-aksi menarik pesawat itu pada aksi udaranya pada Singapore Air Show 2018 merupakan antara daya penarik paling utama pada pameran itu empat tahun lepas.

Pesawat Su 30MKM TUDM turut menyertai pameran statik pada Singapore Air Show 2020 dengan mempamerkan beberapa sistem persenjataannya seperti  peluru berpandu KH-31 yang dibangunkan oleh Tactical Missile Corporation (dahulu dikenali dengan nama Zvezda-Strela) atau AS-17 “Krypton” oleh NATO.

Apa yang terjadi pada hari ini membabitkan pesawat Su-30MKM (sekiranya benar sebagaimana didakwa) adalah amat mendukacitakan.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM menunjukkan peluru berpandu KH-31 pada pameran statik Singapore Air Show 2020.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Seseorang perlu bertanggungjawab terhadap kejadian kerana ia melibatkan nama baik TUDM.

Pada ketika tidak ada kenyataan rasmi sama ada daripada pihak TUDM, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan mahukan pihak penganjur Singapore Air Show 2022.

Sama-samalah kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak-pihak terbabit tentang apa yang sebenarnya berlaku pada pesawat Su-30MKM milik TUDM pada Singapore Air Show 2022, sebagaimana yang didakwa oleh portal pertahanan Alert 5 itu. — DSA

Su-30MKM
(TUDM)

 

Comments are closed.