Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Su-30MKM Jalani Program SLEP, MLU Untuk Terus Berkhidmat Sehingga 2040

Pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM milik TUDM sedang menjalani Service Life Extension Programme (SLEP) dan Mid-Life Upgrade (MLU) bagi memastikan pesawat pejuang utama negara itu terus menabur bakti sehingga tahun 2040.

0 7,475

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang kita tahu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula menggunakan pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM pada tahun 2007 dan kini beroperasi di Pangkalan Udara Gong Kedak,Terengganu.

Ketika mula-mula diterima oleh TUDM, pesawat Su-30MKM negara yang disifatkan seperti sebuah pesawat pejuang hybrid yang menggabungkan teknologi Russia dan Perancis diiktiraf sebagai pesawat paling canggih di rantau Asia Tenggara.

Kesemua 18 buah pesawat Su-30MKM kita diperbuat oleh Irkut Corporation yang berpengkalan di bandar Irkutsk.

Pada ketika ini pesawat Su-30MKM ini telah pun berusia kira-kira 17 tahun dan untuk memastikan pesawat pejuang utama negara itu terus berkeupayaan dalam menangani apa sahaja ancaman yang mendatang, maka TUDM telah melaksanakan program menaiktaraf secara berperingkat kesemua 18 pesawat pejuang itu dua tahun lepas.

Kerja-kerja refurbishment itu (merangkumi Service Life Extension Program dan Mid-Life Upgrade) telah dilakukan oleh syarikat Aerospace Technology Systems Corp (ATSC) yang ditubuhkan pada 1994 hasil kerjasama kerajaan dengan agensi kerajaan Russia dinamakan Rosvoorouzhenie, kini dikenali sebagai Rosoboronexport dan Moscow Aircraft Production Organisation (MAPO), kini dikenali sebagai JSC RAC MiG.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM TUDM (Gambar kredit TUDM)

 

ATSC ini ada subsidiary kepada National Aerospace and Defence Industry Sdn Bhd (NADI) yang memegang 70 per cent sahamnya manakala rakan-rakan Russianya,  RAC MiG dan Rosoboronexport masing-masing memegang 25 peratus dan lima peratus.

Kerajaan turut memegang golden share dalam ATSC itu.

ATSC yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja membabitkan pesawat Su-30MKM dan MiG-29N milik TUDM sedang melaksanakan program dipanggil “Preventive and Restoration Works” selepas pesawat Sukhoi kita itu mencecah usia 10 tahun.

Menurut laporan, kerja-kerja refurbishmen pesawat-pesawat Sukhoi itu menelan belanja sebanyak RM2.2 bilion, tetapi ia akan memastikan pesawat pejuang itu dapat berkhidmat untuk negara sehingga tahun 2040.

Ia adalah lebih murah kerana refurbishment itu dilakukan dalam negara berbanding kosnya yang dijangka melambung lebih tinggi sekirannya kita menghantar pesawat Su-30MKM itu ke Russia untuk melakukan kerja-kerja menaiktaraf itu.

Pakej refurbishment pesawat Su-30MKM itu melibatkan Service Life Extension untuk airframe pesawat itu, avionik miliknya, sistem persenjataannya dan overhaul terhadap enjinnya yang berkuasa tinggi.

 

Su-30MKM
Sebuah pesawat Su-30MKM ketika terbang rendah di Stesen Lima, Pulau Layang-Layang (gambar sumbangan pembaca DSA)

 

Pesawat Su-30MKM yang pertama (M52-11) telah pun selesai menjalani kerja-kerja refurbishment dan telah pun diserahkan kepada TUDM secara rasmi pada pameran LIMA dua tahun lepas dan diikuti dengan beberapa lagi pesawat lain.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad yang mengesahkan perkara itu berkata, pesawat-pesawat pejuang TUDM itu akan menjalani proses penyelenggaran khusus dan dinaiktaraf supaya ia mampu beroperasi dengan berkesan sehingga tahun 2035 dan 2040.

“Untuk memastikan ia (F/A-18D dan Su-30MKM) meneruskan kemampuan operasinya, pesawat-pesawat F/A-18D akan menjalani program penyelenggaran dalam negara 12 tahun (Local Planned Maintenance 12 years – LPM12Y) pada tahun ini.”

“Bagi pesawat Su-30MKM, ia sedang menjalani program Service Life Extension Programme (SLEP) dan program Mid-Life Upgrade (MLU) yang akan memastikan perkhidmatannya sehingga tahun 2040 dan selepas daripada itu,” katanya dalam satu temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris.

Program perolehan pesawat baru bagi menggantikan F/A-18D Hornet akan dilakukan pada Rancangan Malaysia Ke-14 (RMK-14) tahun 2030-2035, manakala perolehan pesawat baru untuk menggantikan Su-30MKM pula akan dilakukan pada RMK-15 (2036-2040).

Su-30MKM
Tiga buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM di Pangkalan Udara Labuan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...