Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “Silent Killer” TLDM, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak

Bukan senang hendak melihat aksi kedua-dua kapal selam kita ini.

0 6,990

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sempena dengan sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-87 semalam, perkhidmatan itu telah menerbitkan video menunjukkan aksi kedua-dua buah kapal selamnya, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak.

Bukan senang hendak melihat aksi kedua-dua kapal selam kita ini.

 

Tetapi video itu sedikit sebanyak memperlihatkan kemampuan kedua-dua kapal selam milik TLDM yang telah dibina di limbungan-limbungan kapal DCNS, Cherbourg and Navantia,Cartagena.

Sehingga 2019, kedua-dua kapal selam kita ini telah merekodkan sebanyak 11,600 jam selaman.

Kedua-dua kapal selam “Scorpene” kelas-Perdana Menteri ini memang berkemampuan kerana dilengkapi dengan peluru berpandu SM-39 Exocet lancaran kapal selam dan torpedo heavyweight “Black Shark.”

Boleh Google spec kedua-dua kelam milik TLDM ini.

 

Kapal selam

 

Baru-baru ini, anak syarikat BHIC telah menerima surat penerimaan kontrak bernilai RM78.14 juta daripada Kementerian Pertahanan bagi tujuan menyelenggara kemudahan-kemudahan kapal selam milik TLDM.

Kontrak itu adalah untuk tempoh dua tahun bermula daripada Jan 1, 2021 sehingga Dec 31, 2022.

The Company wishes to announce that on 21 April 2021, BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (“BSES”) (Company No: 200301092901), a wholly owned subsidiary of BHIC, has accepted the Letter of Acceptance dated 7 April 2021 from the Ministry of Defence Malaysia representing the Government of Malaysia, awarding BSES a contract for the Submarine Facilities Upkeep for the Royal Malaysian Navy (“Contract”) at a contract value of Ringgit Malaysia Seventy Eight Million, One Hundred Forty One Thousand, Four Hundred and Forty Only (RM78,141,440.00) for a contract period of twenty four (24) months from 1 January 2021 until 31 December 2022. A formal contract between the Government of Malaysia and BSES will be finalised and executed at a later date.”

Kapal selam

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...