Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Terima Dua Daripada Empat Helikopter Sewa AW139

Kerajaan menyewa helikopter AW139 itu untuk tempoh diantara empat hingga lima tahun sebagai langkah jangka pendek sementara melaksanakan perolehan 24 buah helikopter baru untuk menggantikan Nuri.

0 11,715

(DEFENCE SECURITY) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima dua daripada empat helikopter Leonardo AW139 yang disewa oleh kerajaan daripada sebuah syarikat swasta bagi menggantikan buat sementara waktu helikopter Sikorsky S-61 “Nuri”yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh TUDM.

TUDM telah menerima dua buah helikopter terbabit pada 4 Dis lepas dan akan menerima dua lagi helikopter terbabit pada 22 Februari dan 22 April tahun depan yang dioperasikan oleh No 3 Skuadron.

No 3 Skuadron  mengoperasikan helikopter Nuri sebelum ia ditamatkan perkhidmatan selepas berkhidmat menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun.

Dalam satu posting menerusi laman sosialnya, TUDM berkata, Panglimanya Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad telah melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Pangkalan Udara Butterworth dan Pusat Hospitaliti Tentera Udara bermula pada 20 hingga 22 Januari lepas.

“Setelah pengoperasian Helikopter Nuri ini tidak diteruskan, No. 3 Skuadron kini telah menerima dua  buah pesawat helikopter AW 139 pada 4 Dis 21 dan dijangkakan akan menerima dua buah helikopter jenis yang sama pada Feb 22 dan Apr 22.”

TUDM
Kredit TUDM

 

“Penerimaan pesawat helikopter AW 139  secara sewaan ini adalah berkonsepkan ‘Government Operate, Company Own and Maintain’ (GOCOM) dari pihak Westar Aviation Services Sdn. Bhd,” menurut posting di dalam media sosial TUDM itu.

Kini, No. 3 Skuadron masih di dalam fasa latihan yang melibatkan lapan orang Juruterbang dan empat orang Kuartermaster Udara di PWN Excellence, Subang.

Kerajaan menyewa helikopter AW139 itu untuk tempoh diantara empat hingga lima tahun sebagai langkah jangka pendek sementara melaksanakan perolehan 24 buah helikopter baru untuk menggantikan Nuri.

TUDM
Kredit TUDM

 

TUDM dijangka melakukan perolehan 24 buah helikopter baru bermula pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada tahun 2026-2030 sehingga RMK-14 bermula pada tahun 2031 hingga 2035.

24 buah helikopter baru untuk menggantikan helikopter Nuri itu akan diperolehi dalam dua peringkat, dengan 12 buah pada RMK-13 manakala 12 buah selebihnya diperolehi pada RMK14.

Pada Disember tahun lepas,Ackbal dilaporkan berkata, berdasarkan kepada keperluan semasa TUDM memerlukan sebanyak 36 buah helikopter, dengan 12 buah keperluan itu telah pun dipenuhi menerusi penggunaan helikopter EC-725 pada ketika ini.

TUDM
Kredit TUDM

 

“Setakat ini kita (TUDM) ada 12 Airbus H22M (dahulu dikenali sebagai Eurocopter EC725), jadi kita perlu 24 lagi helikopter. Untuk itu, kita rancang dua strategi kepada kerajaan iaitu jangka pendek dan jangka panjang.

“Untuk jangka pendek, diluluskan oleh kerajaan iaitu penyewaan empat helikopter jenis AW139 selama empat ke lima tahun. Ia akan diperoleh TUDM dalam masa terdekat.

“Bagi pelan jangka panjang, TUDM berharap dapat memiliki 24 lagi helikopter bagi melengkapkan 36 helikopter yang diperlukan,” kata beliau.

TUDM
kredit TUDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Helikopter AW139 dikategorikan sebagai helikopter saiz sederhana itu dan memiliki berat 6.4 tan serta menggunakan enjin 2 x Pratt & Whitney PT6C-67C Turboshafts with FADEC.

Dengan krew dua orang , helikopter yang boleh terbang selaju 300km sejam ini mampu membawa 15 orang penumpang dan terbang sejauh 1,061km atau lebih 5 jam.

Helikopter AW139 adalah pilihan yang popular kerana ia turut digunakan oleh pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

Panglima TUDM seterusnya melawat Hornet Readiness Centre (HRC) bagi melihat sendiri keadaan pesawat F/A-18D Hornet dari No. 18 Skuadron yang sedang menjalani proses baikpulih di bawah program Local Planned Maintenance 12 Years (LPMY12).– DSA

AW139
Salah sebuah Helikopter Operasi Maritim AW139 TLDM. (gambar kredit TLDM)
Comments
Loading...