Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Helikopter H225M Bawa Peluru Berpandu Anti-Kapal “Exocet”

Apa yang menarik tentang helikopter H225M milik Tentera Laut Brazil itu adalah ia telah menjalani kerja-kerja naiktaraf bagi membolehkan ia melancarkan peluru berpandu anti-kapal “AM-39 Exocet”.

0 7,309

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jangan tersilap, gambar di atas bukanlah helikopter H225M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa peluru berpandu “Exocet” itu tetapi ia adalah helikopter H225M (dahulu dikenali EC725) milik Tentera Laut Brazil yang telah dinaiktaraf dan kini dikenali sebagai helikopter “AH-15B Naval Combat”.

Apa yang menarik tentang helikopter H225M milik Tentera Laut Brazil itu adalah ia telah menjalani kerja-kerja naiktaraf bagi membolehkan ia melancarkan peluru berpandu anti-kapal “AM-39 Exocet”.

Beroperasi di pangkalan tentera laut di Sao Pedro d’Aldeia,  helikopter itu akan menambah kemampuan keseluruhan Tentera Laut Brazil dalam menangani pelbagai ancaman termasuk peperangan anti-permukaan dan pengawasan di laut.

Dibangunkan oleh jurutera-jurutera penerbangan di Helibras (anak syarikat Airbus Helicopters) , helikopter H225M versi tentera laut telah di konfigurasi dengan melengkapkan ia dengan beberapa sistem dan persenjataan tambahan.

Antaranya, helikopter ini telah dilengkapkan dengan EWS IDAS-3 (countermeasure system), peluru berpandu MBDA Exocet AM39 B2M2, radar taktikal APS143 serta sistm misi tentera laut N-TDMS (Naval Tactical Data Management System) yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Atech dan  Airbus Defense and Space.

H225M

“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini, yang membuktikan bahawa kemampuan industri dan teknologi pasukan Airbus Helicopters di Perancis dan Brazil telah berjaya memberikan suatu jalan penyelesaian kepada Angkatan Tentera Brazil,” kata ketua Airbus Helicopters di Brazil, Alberto Robles.

Beliau berkata, helikopter Naval Combat itu telah dinaiktaraf untuk menepati keperluan Tentera Laut Brazil dengan memberikan ia kemampuan tambahan untuk menangani pelbagai ancaman.

Helikopter Naval Combat milik Tentera Laut Brazil itu telah berjaya melancarkan peluru berpandu Exocet pada bulan Jun lepas.

Brazil menandatangani perjanjian pada 2008 untuk memperolehi 50 buah helikopter H225M untuk kegunaan ketiga-tiga cabang angkatan tenteranya.

Setakat ini sejumlah 39 buah helikopter seumpama telah diserahkan kepada Angkatan Tentera Brazil, kesemuanya telah dipasang oleh Helibras.

Selain Malaysia, Angkatan Tentera Thailand juga memiliki 12 buah helikopter H225M dalam pelbagai versi seperti troop transporter kepada Combar Search and Rescue (CSAR) serta Singapura yang menerima helikopter H225M miliknya yang pertama pada Mei lepas.

H225M
Hellikoopter H225M milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

 

 

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Comments
Loading...