Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Pindah Pesawat “PUTRA” Ke No 2 Skuadron Selaras CAP 55

Nama Panggilan (Callsign) PUTRA adalah hasil cetusan idea Komander Pangkalan Udara Subang kepada pesawat selepas sesi tandatangan serah terima pesawat tersebut.  Sebelum ini pesawat itu menggunakan callsign CEKAL.

6,639

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memindahkan pesawatnya yang dinamakan “PUTRA” daripada No 1 Skuadron ke No 2 Skuadron yang merupakan salah satu perancangan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (RMAF Capability Development Plan 2055) atau lebih dikenali sebagai “CAP 55”.

Penganugerahan nama “PUTRA” tersebut diuar-uarkan dalam simbolik gimik penyerahan pesawat tersebut dalam Majlis Serah Terima Pesawat CN235-220M VIP (M44-08) yang dilaksanakan pada 17 Mei 22 oleh No 1 Skuadron kepada No 2 Skuadron.

Pesawat tersebut sebelum ini beroperasi di bawah naungan No 1 Skuadron selaku pesawat VIP. (Orang Kenamaan)

TUDM
TUDM

 

Nama Panggilan (Callsign) PUTRA adalah hasil cetusan idea Komander Pangkalan Udara Subang kepada pesawat selepas sesi tandatangan serah terima pesawat tersebut. 

Sebelum ini pesawat itu menggunakan callsign CEKAL.

Majlis bersejarah ini telah dimulakan dengan menyaksikan ketibaan pesawat CN235-220M VIP (M44-08) di Hangar B serta disambut dengan tradisi “water salute”.

TUDM
TUDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani plak serah terima pesawat di antara Pegawai Memerintah No 2 Skuadron, Leftenan Kolonel Hassan Basri bin Tajul Arifin TUDM dengan Pegawai Memerintah No 1 Skuadron, Leftenan Kolonel Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM yang disaksikan oleh Komander, Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Omar bin Hj Dawami TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuching, Kolonel Mohd Jafri bin Suboh TUDM. 

Dengan perpindahan pesawat ini, No 2 Skuadron bertanggungjawab mengoperasikan pesawat berkenaan sebagaimana Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 serta seiring dengan moto Skuadron “Kami Sampaikan”.

CN-235
Salah sebuah pesawat CN-235 TUDM yang sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA) di Indonesia. (gambar kredit Fahmi Imadudin)

 

Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55 (Capability Development 55)adalah pelan jangka panjang keupayaan transformasi entiti pertahanan negara itu dari 2021 hingga 2055.

 CAP55 membolehkan TUDM dibangunkan sebagai sebuah pasukan keselamatan yang berkesan dan efisyen menerusi penstrukturan aset utama pada masa kini dan depan. — DSA

Comments are closed.