Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Aset TLDM Tangkap PATI, Tekong Warga M’sia Di Perairan Selatan Johor

Empat lelaki dipercayai warga  Indonesia yang ditahan oleh anggota TLDM itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an kerana menceroboh Malaysisa melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

0 684

(DEFENCE SECURITY ASIA) — TLDM telah berjaya menahan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan seorang lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong di perairan selatan Johor  kira-kira  jam 9.30 malam tadi, (19 Mei 2022). 

Empat lelaki dipercayai warga  Indonesia yang ditahan oleh anggota TLDM itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an kerana menceroboh Malaysisa melalui jalan laut yang tidak diwartakan.

Turut sama ditahan bersama mereka adalah seorang lelaki warganegara Malaysia yang dipercayai bertindak sebagai tekong.

TLDM
TLDM

 

Insiden itu berlaku apabila aset,  TLDM FCB 1124 dan RHIB LEPAU sedang dalam penugasan Op BENTENG LAUT di bawah perintah kawalan KD HANDALAN.

Mereka telah mengesan keberadaan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang bergerak dari Pasir Gudang menuju ke arah Selat Singapura.

TLDM
(TLDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Aset-aset TLDM itu, FCB 1124 dan RHIB LEPAU telah mengambil tindakan dengan pantas untuk memintas bot tersebut dinaiki pendatang asing tanpa izin itu  dan berjaya menahannya di selatan Tanjung Pengelih.

 Kesemua PATI dan tekong warga Malaysia itu  yang berjaya ditahan itu telah dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan seterusnya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili untuk tujuan soal siasat dan tindakan selanjutnya. — DSA

TLDM
(TLDM)

 

Comments
Loading...