Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Lagi CN235-220 M “Peninjau Maritim” Diserah Pada TUDM Julai, September

Pesawat pertama yang diubahsuai kepada CN235-220M Maritime Surveillance Aircraft (MSA) oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) telah dihantar ke Malaysia pada 17 Jun, menurut direktur utama (president director) PTDI Gita Amperiawan.

0 3,030

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dua lagi pesawat pengangkut CN235-220M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diubahsuai kepada varian maritime surveillance aircraft (MSA) ‘Peninjau Maritim’ dijangka tiba di Malaysia pada Julai dan September ini.

Pesawat pertama yang diubahsuai kepada CN235-220M Maritime Surveillance Aircraft oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) telah dihantar ke Malaysia pada 17 Jun, menurut direktur utama (president director) PTDI Gita Amperiawan.

Pesawat pertama CN-235 MSA pertama TUDM itu dikatakan selamat mendarat di Kuching pada jam 6 petang 17 Jun lalu selepas hampir dua tahun menghabiskan masa di kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI) di Bandung menjalani kerja-kerja ubahsuai itu.

CN-235
Salah sebuah pesawat CN-235 TUDM yang dinaiktaraf kepada versi MSA sedang menjalani ujian penerbangan di kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI). Kelihatan Belly Radome dan FLIR telah pun siap dipasang. (pix credit to owner)

 

“PTDI komited untuk terus menyokong semua pesawat CN235-220M TUDM pada masa hadapan, termasuk sokongan untuk kelestarian pesawat program Maritime Security Initiative (MSI),” kata Gita dalam satu kenyataan di Jakarta hari ini.

Di bawah program MSI, pesawat TUDM berperanan melakukan tugas-tugas risikan serta pemantauan dan peninjauan (ISR).

Sementara itu, Gita berkata pesawat berkenaan boleh mengikuti program ‘Follow On Support’ yang merangkumi latihanalat ganti dan pembaikan serta bantuan teknikal pada masa hadapan.

 PTDI berkerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc. yang perpangkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam menyedia dan menyepadukan Mission Management Systems untuk pesawat itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

CN-235
Pesawat CN-235 M44-03 yang telah diubahsuai kepada varian MSA di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara di Bandung. (kredit @ragil_setya.f via ASEAN Military Forum FB Group)

 

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

Pada Rabu, Gita menerima kunjungan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang di fasiliti pengeluaran pesawat PTDI di Bandung, Jawa Barat.

Menurut kenyataan itu Affendi turut menggalakkan jalinan kolaborasi antara pemain industri aeroangkasa di Indonesia dan Malaysia.

CN-235
Pesawat CN-235 MPA milik Tentera Udara Indonesia

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

CN235

Beliau berkata kepakaran teknikal yang tinggi dimiliki Indonesia dan Malaysia dalam bidang aeroangkasa boleh digabungkan untuk meneroka peluang pasaran di dua negara dan rantau Asia Tenggara.

“Jika kita boleh saling melengkapi sudah tentu dapat membuat pengeluaran yang lebih cekap dan berkesan,” katanya.

Keseluruhannya, TUDM memiliki tujuh buah pesawat CN-235 dalam varian pengangkut.

Projek menaiktaraf tiga buah pesawat pengangkut CN-235 TUDM kepada varian MSA dibiayai oleh program “Maritime Security Initiative” (MSI) kerajaan Amerika Syarikat.

Dengan tiga buah pesawat CN-235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang dirancang diperolehi oleh TUDM.

TUDM merancang untuk memperolehi sehingga enam buah Pesawat Peronda Maritim (MPA), selaras dengan program CAP 55 (Capability 2055). — DSA

Comments
Loading...