Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PTDI Selesai Ubahsuai Satu Dari Tiga CN-235 TUDM Kepada Varian MSA

Kerja-kerja pengubahsuaian dua lagi pesawat pengangkut CN-235 TUDM itu kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA) di angka selesai pada bulan April dan Mei tahun ini.

0 4,155

(DEFENCE SECURITY ASIA) – PT Dirgantara Indonesia (PTDI) telah selesai menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian (conversion)  satu daripada tiga pesawat pengangkut CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA).

Dipetik sebagai berkata oleh portal pertahanan antarabangsa, Janes, kerja-kerja pengubahsuaian dua lagi pesawat pengangkut itu kepada varian MSA di jangka selesai pada bulan April dan Mei tahun ini.

Portal itu juga berkata bahawa PTDI telah menyerahkan Supplemental Type Certificate (STC) yang diperlukan untuk kerja-kerja pengubahsuaian pesawat pengangkut CN-235 kepada varian MSA kepada TUDM pada pameran DSA 2022 yang baru sahaja berakhir minggu lepas.

CN-235
Salah sebuah pesawat CN-235 TUDM yang sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA). (gambar kredit Fahmi Imadudin)

 

STA adalah sijil yang dikeluarkan apabila pemohon telah menerima kelulusan daripada Federal Aviation Administration (FAA) untuk mengubahsuai produk aeronautic daripada rekabentuk asalnya.

Menurut PTDI sebagaimana dipetik oleh Janes,  kerjasama di antara Indonesia Defence Airworthiness Authority (IDAA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertahanan negara itu dengan pihak Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) Kementerian Pertahanan Malaysia telah membantu dalam memperolehi STC untuk pesawat CN-235 TUDM itu.

TUDM memiliki tujuh buah pesawat pengangkut CN-235.

Projek menaiktaraf tiga buah pesawat pengangkut CN-235 TUDM kepada varian MSA dibiayai oleh program “Maritime Security Initiative” (MSI) kerajaan Amerika Syarikat.

CN-235
(pix credit to the owner)

 

PTDI bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

CN-235

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

Dengan tiga buah pesawat CN-235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang dirancang diperolehi oleh TUDM.

TUDM merancang untuk memperolehi sehingga enam buah Pesawat Peronda Maritim (MPA), selaras dengan program CAP 55 (Capability 2055). — DSA

Comments
Loading...