Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pertama CN-235 MSA ” Peninjau Maritim” TUDM Sudah Kembali

Projek menaiktaraf tiga buah pesawat pengangkut CN-235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA) dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat di bawah program “Maritime Security Initiative” (MSI).

0 3,905

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, terdapat laporan mengatakan pesawat CN-235 pertama yang  diubahsuai pada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA) “Peninjau Maritim” milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah pun selamat mendarat di Pangkalan Udara Kuching.

Pesawat pertama CN-235 MSA pertama TUDM itu dikatakan selamat mendarat di Kuching pada jam 6 petang semalam, selepas hampir dua tahun menghabiskan masa di kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI) di Bandung menjalani kerja-kerja ubahsuai itu.

Pihak TUDM menghantar tiga buah pesawat CN-235 ke kemudahan milik PTDI di Bandung itu untuk kerja-kerja ubahsuai kepada varian MSA,

CN-235
Salah sebuah pesawat CN-235 TUDM yang sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian kepada varian Maritime Surveillance Aircraft (MSA). (gambar kredit Fahmi Imadudin)

 

Bagaimanapun, tarikh penyerahan dua lagi buah pesawat CN-235 yang dipercayai masih berada di Bandung itu masih belum diketahui setakat ini,walaupun laporan sebelum ini mengatakan ia akan diserahkan pada TUDM pada April dan Mei.

Keseluruhannya, TUDM memiliki tujuh buah pesawat CN-235 dalam varian pengangkut.

Projek menaiktaraf tiga buah pesawat pengangkut CN-235 TUDM kepada varian MSA dibiayai oleh program “Maritime Security Initiative” (MSI) kerajaan Amerika Syarikat.

Laporan mengenai “kehadiran” sebuah pesawat CN-235 TUDM yang telah siap diubahsuai kepada varian MSA itu adalah selari dengan laporan Defence Security Asia April lepas yang mengatakan bahawa PTDI telah selesai menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian (conversion)  satu daripada tiga pesawat pengangkut CN-235 milik TUDM kepada varian MSA.

Laporan pada April itu juga mengatakan bahawa PTDI telah menyerahkan Supplemental Type Certificate (STC) yang diperlukan untuk kerja-kerja pengubahsuaian pesawat pengangkut CN-235 kepada varian MSA kepada TUDM pada pameran DSA 2022.

CN-235
Salah sebuah pesawat CN-235 TUDM yang dinaiktaraf kepada versi MSA sedang menjalani ujian penerbangan di kemudahan PT Dirgantara Indonesia (PTDI). Kelihatan Belly Radome dan FLIR telah pun siap dipasang. (pix credit to owner)

 

STA adalah sijil yang dikeluarkan apabila pemohon telah menerima kelulusan daripada Federal Aviation Administration (FAA) untuk mengubahsuai produk aeronautic daripada rekabentuk asalnya.

Kerjasama di antara Indonesia Defence Airworthiness Authority (IDAA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertahanan negara itu dengan pihak Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) Kementerian Pertahanan Malaysia telah membantu dalam memperolehi STC untuk pesawat CN-235 TUDM itu.

PTDI bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search

CN-235
Pesawat CN-235 MPA milik Tentera Udara Indonesia (kredit Jet Photos)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

Dengan tiga buah pesawat CN-235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang dirancang diperolehi oleh TUDM.

TUDM merancang untuk memperolehi sehingga enam buah Pesawat Peronda Maritim (MPA), selaras dengan program CAP 55 (Capability 2055). — DSA

 

Comments
Loading...