TLDM Sempurnakan Upacara Keel Laying Tiga Buah Kapal Littoral Mission Ship Batch II di Turkiye
“Berdasarkan kemajuan kerja semasa, kapal LMSB2 dijangka siap dan dilancarkan pada pertengahan tahun 2026 sebelum diserahkan kepada TLDM pada penghujung tahun 2027.”
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Upacara Keel Laying bagi projek pembinaan tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch II milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah disempurnakan oleh Panglima TLDM Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain dan disaksikan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali di Istanbul Shipyard, Turkiye.
Keel laying atau peletakan lunas merupakan satu fasa penting dalam pembinaan struktur utama sesebuah kapal, menandakan bermulanya aktiviti penyambungan blok-blok utama kapal di limbungan.
Upacara Keel Laying kali ini adalah kesinambungan kepada upacara steel cutting yang telah dilaksanakan pada 4 Disember 2024, sekaligus menandakan peralihan daripada fasa pembinaan kepada fasa penyambungan.
Semasa lawatan delegasi Malaysia ke Turkiye, turut dilaksanakan Mesyuarat Project Monitoring Committee (PMC) pada 7 Apr 25 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama wakil syarikat, menurut kenyataan menerusi akaun FB TLDM.
PMC ini bagi memantau pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan kontrak dan kemajuan kerja pembinaan LMS Batch II, dengan pihak syarikat telah membentangkan kemajuan kerja bagi ketiga-tiga buah kapal dan menunjukkan kemajuan kerja yang sangat memberangsangkan bagi projek ini.
“Berdasarkan kemajuan kerja semasa, kapal LMSB2 dijangka siap dan dilancarkan pada pertengahan tahun 2026 sebelum diserahkan kepada TLDM pada penghujung tahun 2027.”
Turut hadir ke majlis tersebut adalah delegasi Kementerian Pertahanan, wakil TLDM, Pasukan Projek Littoral Mission Ship Batch II dan Deputy General Manager Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM) Bülent Soydal.

Kementerian Pertahanan Malaysia telah menandatangani Surat Penerimaan (Letter of Acceptance – LOA) dengan Presiden Secretariat of Defence Industries (SSB) Turkiye pada Jun tahun lepas bagi perolehan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II untuk TLDM.
LOA itu telah ditandatangani oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang melakukan lawatan kerja selama lima hari ke Turkiye dengan Presiden SSB Prof Dr Haluk Gorgun.
Kapal-kapal LMS Batch II milik TLDM yang sedang dibina di Turkiye berkemampuan melaksanakan pelbagai tugasan di perairan.
Memandangkan ia akan dilengkapi dengan suite sensor dan persenjataan serta kawalan serta pemerintahan (Command and Control) yang canggih, maka, ketiga-tiga buah buah kapal LMS Batch II milik TLDM itu berkemampuan melaksanaan pelbagai tugasan ketika berada di perairan.
Ia boleh melaksanakan tugasan Anti-Peperangan Kapal Selam (ASUW), Anti-Peperangan Udara (AAW), Peperangan Tidak Simetri (ASYW) dan Peperangan Elektronik (EW).

Sebagai kontraktor utama, STM akan menggunakan produk-produk industri pertahanan Turkiye seperti Combat Management System, 76 mm Gun Fire Control System yang akan dibekalkan oleh syarikat HAVELSAN.
Manakala 3D Search Radar, Fire Control Radar, IFF, 30mm Gun, ESM dan Chaff Decoy System dan sensor elektronik yang lain akan dibekalkan oleh syartikat ASELSAN.
Ketiga-tiga buah kapal LMS Batch II TLDM yang sedang dibina oleh STM di Turkiye itu akan menggunakan sistem peluru berpandu anti-kapal ATMACA akan dibekalkan oleh syarikat ROKETSAN.
Peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” itu berkeupayaan membedil sasaran sejauh 250km.
Peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” yang memiliki panjang di antara 4.3 meter hingga 5.2 meter dan berat 750 kg itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km, berbanding hanya 130km bagi peluru berpandu anti-kapal “Harpoon Block II” keluaran Amerika Syarikat.

Manakala peluru berpandu anti-kapal “Exocet Block III” pula berkemampuan membedil sasaran laut sejauh 200km.
Untuk panduan, sistem peluru berpandu anti-kapal keluaran Turkiye itu menggunakan panduan Inertial Navigation System (INS) dan Global Positioning System (GPS).
Menurut ROKETSAN, peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” mampu beroperasi secara autonomous, radar cross-section (RCS) yang rendah, boleh beroperasi dalam semua keadaan cuaca dan berkemampuan berhadapan dengan pelbagai sistem countermeasures.
Ia juga mendakwa “ATMACA” berkemampuan merangka pelan misi secara 3D, selain target update dan mission-abort menerusi datalink.
“ATMACA” telah dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN sejak 10 tahun lalu tetapi hanya didedahkan kepada awam pada 2019.
Pada tahun 2023, Turkiye menyatakan bahawa ia akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang digunakan oleh 11 buah kapal perangnya dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” dibangunkan oleh ROKETSAN.
Peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan “ATMACA” itu akan menggantikan lebih 350 buah peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang telah berusia, dengan kerja-kerja integrasi peluru berpandu anti-kapal tempatan dijangka selesai dilaksanakan pada 2027.

Bagi sistem pertahanan udaranya, ketiga-tiga kapal LMS Batch II TLDM itu dilaporkan akan dilengkapi dengan dengan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM (Korean Surface to Anti Air Missile) atau dalam bahasa Koreanya “Haegung”.
K-SAAM mula dibangunkan sejak 2011 dan pada 2019 mula dihasilkan secara besar-besaran selepas ia berjaya melepasi ujian apabila berhadapan dengan peluru berpandu anti-kapal Korea Utara “Kumsong”, sebagaimana dilaporkan.
Peluru berpandu darat-ke-udara jarak dekat itu dibangunkan oleh Agency for Defence Development (ADD) Korea Selatan dan syarikat LIG Nex1 serta berkemampuan meluncur selaju Mach 2 dan membedil sasaran sejauh 20km.
Ia dibangunkan oleh Korea Selatan untuk menggantikan sistem peluru berpandu darat-ke-udara Rolling Airframe Missile (RAM) yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon (kini dikenali sebagai RTX) untuk memberikan pertahanan “close-in” kepada kapal-kapal menggunakannya.
K-SAAM (Korean Surface-to-Air Anti-Air Missile) adalah sistem peluru berpandu pertahanan point-defense yang dibangunkan oleh Korea Selatan untuk kegunaan tentera laut.

Ia direka bagi memintas dan memusnahkan pesawat musuh serta peluru berpandu anti-kapal yang sedang menghampiri kapal-kapal perang.
Ciri Utama K-SAAM:
-
Peranan: Point Defense terhadap pesawat dan peluru berpandu yang menghampiri kapal-kapal perang Tentera Laut Korea Selatan.
-
Panduan: Radar Aktif Homing
-
Platform: Digunakan pada kapal pemusnah dan friget ROKN.
-
Jarak: Dianggarkan sekitar 20 km.
-
Setanding dengan: RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) dari Amerika Syarikat.
K-SAAM memainkan peranan penting dalam mempertahankan kapal perang dengan memintas ancaman pada jarak dekat, memastikan kapal Korea Selatan lebih selamat dalam operasi tempur.
Setiap kapal LMS Batch 2 TLDM yang akan dibina oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) akan dilengkapi dengan 16 silo Vertical Launch System (VLS) untuk melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM.
Pada ketika ini peluru berpandu darat-ke-udara terbabit sudah digunakan oleh kapal-kapal friget kelas-Daegu dan kapal amphibious assault kelas-Dokdo ROKS Marado milik Tentera Laut Korea Selatan.
Peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM itu dilengkapi dengan dual-mode seeker yang terdiri daripada radar dan infrared seeker, membolehkan ia beraksi dengan berkesan dalam suasana maritim sebagai senjata offensif dan defensif menentang peluru berpandu anti-kapal dan pesawat-pesawat pejuang.
Ia juga dilengkapi dengan kemampuan inertial mid-course guidance.
Main Dimensions
Length Overall (Loa) : 99.56 m
Max. Breadth (Bmax) : 14.42 m
Draft (T) : 3.94 m
Displacement : ~2500 tons
Speed & Endurance
Max. Speed : +26 knots (CODAD)
Cruising Speed : 14 knots
Range : +4000 nm at 14 knots
Personnel & Endurance
Personnel : 111 (officers, crew and guests)
Endurance : 14 days
Sensors
-
Combat Management System (CMS)
-
3D Surveillance Radar (with Helo Control Capability)
-
IFF System (integrated with 3D radar)
-
1 x Fire Control Radar (with EO Suite)
-
Gun Fire Control System (embedded in CMS)
-
2 x Target Designation Sight (TDS)
-
C-ESM System
-
R-ESM System (2-18 GHz) with ELINT Capabilities
-
Tactical Data Link System (LINK-Y)
-
Electronic Plotting Table
Ship’s Boat
-
1 x LOA 6-meter RHIB (Aft Launched with Boat Ramp)
-
1 x LOA 7.5-meter RHIB (Side Launched with Boat Davit)
Navigation & Communication Systems:
-
Integrated Bridge SystemIntegrated Bridge System
-
2 x Fibre Optic INS
-
2 x Navigation Radars (X-band)
-
Wind and Meteorological System
-
WAIS
-
3 x WECDIS
-
2 x GNSS
-
Voyage Data Recorder
-
Echosounder
-
Speed Log
-
Ship Time System
-
Underwater Telephone
-
Integrated Communication Systems-ICS
– Internal Communication Systems:
– External Communication Systems

Accommodation
-
Comfortable Accommodation for 111 (Officers, Crew and Guests) in accordance with naval norms/standards and classification rules
-
Galley, Dry Provisions, Wardroom/Mess halls, Offices etc.Growth Capabilities
-
Custom Sensors & Weapons
-
Ammunition Stores
Weapons
1 x 76 mm Main Gun1 x 76 mm Main Gun
2 x 4 SSM
1 x 30 mm Secondary Gun
2 x 2 SAM (16 missiles)
2 x Decoy Launcher System (DLS)
Ship system & Equipment Configuration
Main Propulsion/ Power Generation
-
4 x Diesel Engine (CODAD Propulsion System)
-
4 x Diesel Engine (CODAD Propulsion System)
-
2 x Reduction Gear
-
2 x Shaft
-
2 x CPP Propeller
-
4 x Diesel Generator
-
1 x Emergency Generator
-
Fin Stabilizer