Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perolehan Kumpulan Kedua Kapal LMS TLDM Perlu Dilakukan Tahun Ini Juga

Kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimiliki oleh TLDM telah beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

0 3,568

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Perolehan kumpulan kedua kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS)  untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dilakukan tahun ini juga untuk menangani jurang keupayaan tempur yang semakin melebar serta berada dalam keadaan yang kritikal.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Sany berkata TLDM mahu perolehan kumpulan kedua kapal-kapal LMS dilakukan pada tahun ini juga.

Menurutnya, perolehan kumpulan kedua kapal-kapal LMS itu adalah selari dengan perancangan program transformasi TLDM 15 to 5 yang telah direkalibrasi. 

LMS
Kapal LMS TLDM yang keempat dan terakhir, “Rencong” ketika tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu akhir tahun lepas.(TLDM)

 

“TLDM amat berharap agar kerajaan dapat memberi pertimbangan yang positif bagi memastikan perolehan aset ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. 

“TLDM telah mendapat sokongan padu daripada Menteri Kanan Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Kementerian Pertahanan. Jadi, saya menaruh penuh kepercayaan dan harapan kepada beliau (Hishammuddin) untuk mendapatkan bajet LMS pada tahun ini juga,” katanya.

Kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimiliki oleh TLDM telah beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

Bercakap kepada agensi berita nasional ketika pameran DSA 2022, Panglima TLDM berkata, ia merancang untuk melakukan perolehan tiga lagi buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) di bawah program perolehan Batch 2 LMS, bagi menambah empat buah kapal LMS yang telah pun diperolehi setakat ini.

LMS
Kapal LMS ketiga TLDM dinamakan “Badik.” (gambar kredit TLDM)

 

Menurut beliau peruntukan untuk perolehan untuk kapal-kapal LMS Batch II itu sedang diusahakan TLDM dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

“Setakat ini, di peringkat TLDM kami telah buka kertas cadangan (proposal) kepada beberapa negara antaranya China, Belanda dan Turki dan kami telah menyenarai pendek beberapa cadangan.

“Apabila TLDM telah dapat bajet barulah kami akan memilih syarikat mana yang berjaya membina LMS berkenaan,” katanya.

Mohd Reza berkata perolehan kelompok kedua LMS dirancang bagi menggantikan aset-aset TLDM sedia ada yang telah usang.

LMS
Anggota TLDM berbaris pada majlis pentauliahan KD Badik dengan berlatarbelakangkan dua buah kapal LMS miliknya. (gambar TLDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

TLDM dikatakan sedang merancang untuk memperolehi sehingga lapan buah kapal LMS Batch 2 kedua pada tahun, dengan pembinaannya akan dilaksanakan secara berperingkat di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

Empat buah kapal LMS Batch 1 kelas-Keris yang dibina di China hasil kerjasama di antara firma  Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China.

Empat kapal LMS TLDM iaitu KD Sundang ditauliah pada 5 Mac tahun lepas, KD Badik (20 Okt 2021), KD Keris (15 April 2019) dan KD Rencong (28 Jan 2022).

Perolehan lapan buah kapal LMS Batch Kedua pada Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sudah semestianya akan meningkatkan kemampuan TLDM terutamanya dalam memelihara kedaulatan kawasan perairan negara terutama di Laut China Selatan yang sedang berhadapan dengan pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China. — DSA

 

 

Comments
Loading...