Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Jepun Tauliah Friget Kelas-Mogami “JS Mogami”

Kapal-kapal friget kelas-Mogami itu akan digunakan oleh Tentera Laut Jepun untuk memantau perairan di sekitar kepulauan Nansei termasuk di Senkaku/Diayou di Laut China Timur milik Jepun tetapi dituntut serta didakwa oleh China sebagai miliknya.

0 1,755

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defense Force) telah mentauliahkan kapal friget “JS Mogami”,  satu daripada 22 buah kapal friget kelas-Mogami yang diperolehi Negara Matahari Terbit itu.

“JS Mogami” (no pennant FFM-1) merupakan friget kedua daripada kelas-Mogami yang ditauliahkan selepas friget “JS Kumano.” (FFM-2)

Kapal friget kelas “JS Mogami” sebelum ini dikenali sebagai FFM atau 30DX yang merupakan kapal friget pelbagai guna. (multi mission frigates)

Mogami

Dua syarikat Jepun dipertanggungjawab untuk membina kesemua 22 buah friget kelas “JS Mogami” iaitu Mitsubishi Heavy Industries (MHI) di Nagasaki dan Mitsui di Okayama.  

Sebelum ditauliahkan dalam Tentera Laut Jepun, syarikat MHI yang membina friget “JS Mogami” itu telah mengadakan upacara penyerahan dan menaikkan bendera untuk kapal friget seberat 3,900 tan itu dan sepanjang 133 meter.

Setiap sebuah kapal friget kelas-Mogami itu mempunyai 90 orang krew sahaja.

Kapal-kapal friget kelas-Mogami itu akan digunakan oleh Tentera Laut Jepun untuk memantau perairan di sekitar kepulauan Nansei termasuk di Senkaku/Diayou di Laut China Timur milik Jepun tetapi dituntut serta didakwa oleh China sebagai miliknya.

Mogami

Senkaku/Diayou itu turut dituntut oleh Taiwan.

Sejak kebelakangan ini, China telah menghantar kapal-kapal perang serta pengawal pantainya ke kawasan di sekitar Senkaku/Diayou sebagai menandakan kehadirannya serta pemilikannya terhadap pulau itu.

Kapal friget kelas-Mogami itu dijana dua enjin CODAG (Combined Diesel and Gas) propulsion system yang memungkinkan ia mencapai kelajuan maksimum 30 knot.

Mogami
Kapal friget “Mogami” Jepun yang direkabentuk daripada 30FFM.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kesemua 22 buah kapal friget kelas-Mogami itu akan dilengkapi dengan sistem persenjataan meriam 127mm yang dibangunkan oleh firma BAE Systems, lapan pelancar peluru berpandu anti-kapal Type 17, Raytheon SeaRam Close In Weapon System (CIWS) yang dilengkapi dengan RIM-116C Block 2 Rolling Airframe Missile (RAM).

Kapal friget itu juga akan dilengkapi dengan variable depth sonar dan towed array sonar bagi anti-submarine warfare (peperangan anti-kapal selam).

Selain kemampuan anti-pesawat, anti-permukaan dan anti-kapal selam, kapal-kapal friget kelas-Mogami juga akan dilengkapi dengan Unmanned Underwater Vehicle (UUV) dan Unmanned Surface Vehicle (USV).

Kedua-dua sistem yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada kapal-kapal friget Jepun itu bagi membantu operasi anti-periuk api. — DSA

 

Comments
Loading...