Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kepentingan Bintulu, Labuan , Kota Kinabalu Dalam “Strategi Pertahanan Laut China Selatan”

Pada tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah penting bertujuan memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan perairan milik kita di Laut China Selatan membabitkan ketiga-tiga lokasi penting itu.

0 2,758

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam menangani permasalahan keselamatan yang semakin meruncing di kawasan perairan negara di Laut China Selatan berpunca daripada pencerobohan berterusan oleh kapal-kapal pengawal pantai China, kerajaan nampaknya memberikan tumpuan terhadap usaha peningkatan aset ketenteraan dan keselamatan di tiga lokasi penting.

Ketiga-tiga lokasi itu adalah Bintulu, Labuan dan Kota Kinabalu yang terletak di kedudukan yang amat strategik kerana ia berhadapan dengan Laut China Selatan.

Pada tahun lepas, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah penting bertujuan memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan perairan milik kita di Laut China Selatan membabitkan ketiga-tiga lokasi penting itu.

Dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kerajaan akan membina sebuah pangkalan udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Bintulu, yang dipanggil “Bare Bone Base”.

Pembinaan “bare bone airbase” di Bintulu itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan RMK-12 tahun lepas dan ianya disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam akaun media sosialnya.

Coast Guard

Pembinaan “Bare Bone Base” TUDM di Bintulu itu akan dilaksanakan di dalam tempoh lima tahun dan adalah salah satu daripada projek-projek pembangunan ATM dibawah RMK-12.

Kehadiran sebuah pangkalan udara di Bintulu itu amat ditagih dan merupakan suatu keputusan yang tepat berikutan senario keselamatan terkini di Laut China Selatan.

Dengan adanya “bare bone base” TUDM di Bintulu itu, ia akan memudahkan lagi pesawat-pesawat TUDM (sama ada pesawat pejuang atau Maritime Patrol Aircraft) untuk melakukan pemantauan di kawasan-kawasan seperti Beting Patinggi AliJames Shoal dan lain-lain yang kerap dicerobohi oleh kapal-kapal pengawal pantai China.

Selepas insiden pencerobohan 16 pesawat tentera China terhadap Zon Maritim Malaysia (ZMM) pada 31 Mei lepas, negara perlu menjangkakan bahawa insiden-insiden pencerobohan oleh pesawat tentera China akan berulang pada masa, terutamanya apabila Beijing menambah bilangan pesawat tenteranya di “pulau-pulau buatannya” di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Bukan sahaja pencerobohan itu akan berulang, tetapi tahap intensity-nya juga akan bertambah apabila Beijing meningkatkan lagi usaha agresifnya untuk menguasai Laut China Selatan itu.

MPA TUDM
Pesawat MPA ATR-72

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Tidak lama selepas mengumumkan pembinaan pangkalan udara “bare bone base” TUDM di Bintulu, kerajaan telah menyatakan bahawa ia akan membangunkan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) juga di Bintulu dalam RMK12.

Langkah membangunkan MAWILLA 4 di Bintulu itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan di perairan negara di Sabah dan Sarawak.

“Pemilihan Bintulu untuk menempatkan MAWILLA 4 adalah berdasarkan lokasi strategik daripada segi kedudukan dan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan.”

“Ianya (penubuhan MAWILLA 4 di Bintulu) telah lama dihasratkan untuk membolehkan kita meningkatkan keupayaan dan sokongan operasi TLDM. TLDM dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedang mengenalpasti tapak yang bersesuaian untuk pembinaan MAWILLA 4,” kata Menteri Pertahanan.

Pemilihan Bintulu itu amat tepat kerana ia terletak tidak jauh daripada kawasan-kawasan perairan di mana Beting Patinggi Ali dan James Shoal terletak, yang kini kerap diceroboh oleh kapal-kapal pengawal pantai dan tentera laut China.

Beting Patinggi Ali
Beting Patinggi Ali dan kedudukannya di perairan Sarawak.

 

Perairan di sekeliling Beting Patinggi Ali dan James Shoal kaya dengan sumber minyak dan gas.

Selain itu, TLDM juga telah menempatkan Markas Pemerintahan Armada Timur di Kota Kinabalu yang bertanggungjawab terhadap semua pangkalan laut di Sabah dan Sarawak.

Bagi mengukuhkan lagi pengawasan kita terhadap ruang udara di Laut China Selatan, Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa radar pertahanan udara jarak jauh (long-range air defence radar) yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat di bawah “program peningkatan keupayaan negara rakan” akan ditempatkan di Pangkalan Udara TUDM di Labuan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kerajaan Amerika Syarikat memberikan radar itu kepada Malaysia dibawah program, “Building Capacity Partner”, dengan kontrak itu dianggarkan berjumlah RM103 juta.

Radar
Radar TPS-77 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin ini akan ditempatkan di Labuan,

 

Radar pertahanan udara jarak jauh terbabit adalah daripada jenis AN/TPS-77, yang dibangunkan oleh firma pertahanan Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

Coverage bagi radar AN/TPS-77  ini adalah sekitar 470km atau 250 Batu Nautika, dan ia adalah sebuah radar bergerak (mobile radar) yang mampu diatur-gerak ke kawasan-kawasan lain sama ada menggunakan pesawat C-130 Hercules, trak atau keretapi.

Pemberian radar kepada Malaysia itu mungkin usaha Amerika Syarikat untuk membantu kita memperkuatkan pengawasan dan pemantauan di Laut China Selatan.

Penempatan radar pertahanan udara jarak jauh itu di Labuan akan meningkatkan keberkesanan “mata dan telinga” kita di Laut China Selatan, untuk mengesan sebarang insiden pencerobohan terutamanya daripada pesawat-pesawat tentera China.

coast guard

Apa yang lebih menarik adalah terdapat laporan mengatakan pesawat Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Range (UAS-MALE) itu juga akan beroperasi di Pangkalan Udara Labuan, kemungkinan bagi memudahkan tugasannya yang memfokuskan pemantauan di perairan Laut China Selatan.

Jika laporan itu benar, pesawat-pesawat UAS-MALE itu akan beroperasi bersama-sama pesawat Hawk 100 dan 200 yang ditempatkan di Labuan itu.

Manakala bagi Kota Kinabalu pula, di situlah terletaknya aset-aset Angkatan Kapal Selam terdiri daripada kapal selam kelas-Perdana Menteri, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak dan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) serta kapal-kapal New Generation Patrol Vessel (NGPV) kelas-Kedah. — DSA

Merad
Sebuah pesawat Hawk 208 milik TUDM di Pangkalan Labuan.

 

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Comments
Loading...