Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Aset Berusia Buat TLDM Semakin Tidak Relevan Serantau, Antarabangsa

Aset-aset yang semakin berusia dan terus ketinggalan dari sudut teknologi memberi tekanan kepada TLDM dalam usaha mengekalkan kerelevanannya di kalangan angkatan laut serantau dan antarabangsa.

3,133

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang semakin berusia dan ketinggalan dari sudut teknologi telah memberikan tekanan kepada dalam usahanya untuk mengekalkan kerelevanannya dikalangan tentera laut serantau dan antarabangsa.

Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM dalam kenyataan menerusi media sosialnya berkata, status TLDM sebagai rakan kongsi yang kredibel perlu terus dipelihara melalui usaha meningkatkan keupayaan aset TLDM agar setanding, jika tidak lebih baik, dengan angkatan laut negara sahabat.

“Ini perlu disegerakan kerana keupayaan aset-aset yang semakin berusia dan terus ketinggalan dari sudut teknologi memberi tekanan kepada TLDM dalam usaha mengekalkan kerelevanannya di kalangan angkatan laut serantau dan antarabangsa,” menurut markas itu.

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai keusangan aset-aset TLDM telah mendapat tempat di dada-dada akhbar serta media-media online tempatan.

Pada April tahun lepas, Panglima TLDM pada ketika itu Tan Sri Mohd Reza Sany sendiri menyatakan bahawa kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimilikinya pada ketika ini beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

TLDM
(kredit TLDM)

 

Sementara itu dalam temuramah eksklusif dengan sebuah akhbar berbahasa Melayu bersempena dengan sambutan Hari TLDM ke-88, beliau juga dilaporkan berkata bahawa  hubungan pertahanan TLDM dengan tentera laut negara lain terjejas disebabkan keupayaan TLDM yang tidak setanding dengan negara-negara lain.

Ini adalah kerana masalah aset-asetnya yang semakin usang dan dimamah usia.

Disebabkan keupayaan TLDM yang tidak setaraf dengan negara lain, maka TLDM tidak dianggap sebagai sebagai rakan strategik oleh negara lain, katanya.

“Keupayaan TLDM dilihat tidak setaraf dengan tentera laut dari pelbagai negara dan ini menyebabkan TLDM bukan sebuah rakan strategik berwibawa sekali gus menjejaskan hubungan pertahanan antarabangsa negara,” kata beliau.

TLDM menurut Mohd Reza, juga berhadapan dengan cabaran untuk memenuhi komitmennya di dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) membabitkan United Kingdom (UK), Australia, New Zealand, Singapura dan Malaysia.

Sementara itu Markas Pemerintahan Armada Barat juga menyatakan bahawa TLDM telah membuka tirai eksesais luar negara bagi tahun 2023 apabila KD Lekiu bersama 50 angkatan laut dari seluruh dunia telah mengambil bahagian di dalam eksesais multilateral AMAN 2023 yang diadakan serentak dengan Pakistan International Maritime Exhibition & Conference (PIMEC).

Eksesais kali ini juga turut memberi ruang kepada Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM berinteraksi serta mengemaskini ilmu dan kemahiran melalui aktiviti Special Forces Operation yang memfokuskan kepada ancaman domain maritim dan antikeganasan.

Status TLDM sebagai rakan kongsi berwibawa turut diiktiraf oleh Tentera Laut Pakistan (TLP) melalui jalinan kerjasama bilateral yang diwujudkan.

TLDM
(kredit TLDM)

 

Kerjasama ini terus dipergiatkan saban tahun melalui siri eksesais bilateral MALPAK.

Eksesais MALPAK 5/23 telah dilaksanakan oleh KD LEKIU bersama PNS ZULFIQUAR bagi meningkatkan kebolehkendalian dan kesefahaman aset TLDM serta TLP dalam operasi menangani ancaman konvensional dan bukan konvensional, di mana pesawat Super Lynx TLDM dan Tim PASKAL turut dilibatkan.

Melalui pelaksanaan eksesais MALPAK kali ini, boleh dirumuskan bahawa kerjasama antara kedua buah angkatan laut kekal utuh di mana aktiviti diplomasi pertahanan sebegini sangat relevan serta memberi pulangan yang baik. – – DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.