Tentera Darat Malaysia Semakin Hampir Untuk Guna Raifal CAR 816 ??
Perjanjian telah dimeterai antara syarikat tempatan Ketech Asia dan syarikat CARACAL yang sebahagian daripada EDGE Group pada hari kedua International Defence Exhibition (IDEX) dan Naval Defence and Maritime Security Exhibition (NAVDEX) 2025 yang sedang berlangsung di Abu Dhabi ketika ini. Ia menyusuli perjanjian antara kedua-dua syarikat semasa LIMA pada 2023.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat tempatan, Ketech Asia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat pembuat senjata kecil Emiriah Arab Bersatu (UAE), CARACAL yang merupakan sebahagian daripada EDGE Group, untuk memasang dan membuat raifal CAR 816 di kemudahan terbaru milik Ketech di Pahang.
Perjanjian itu ditandatangani kedua-dua pihak pada hari kedua International Defence Exhibition (IDEX) dan Naval Defence and Maritime Security Exhibition (NAVDEX) 2025 yang sedang berlangsung di Abu Dhabi ketika ini.
Turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Susulan perjanjian pengedar (reseller agreement) pada tahun 2023, Ketech Asia kini akan mengeluarkan komponen utama raifal CAR 816 di kilang baharu mereka yang terletak di Pahang, Malaysia.”
“Perjanjian terbaru ini, yang dimeterai semasa IDEX 2025, menandakan pencapaian penting dalam komitmen EDGE untuk menyokong inisiatif pemodenan di Asia Tenggara melalui kerjasama strategik yang saling menguntungkan dengan industri tempatan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh CARACAL.
Kenyataan oleh CARACAL juga menyebut bahawa CAR 816 ialah raifal berprestasi tinggi yang telah terbukti dalam operasi dan menggunakan peluru 5.56x45mm NATO.

Beroperasi dengan sistem piston gas pendek yang boleh dilaras, raifal CAR 816 tersedia dalam pelbagai panjang laras dan menyokong pelbagai aksesori tambahan mengikut keperluan pengguna.
Kedua-dua syarikat turut memeterai perjanjian semasa pameran LIMA pada 2023 melibatkan raifal CAR 816.
Sementara itu Mohamed Khaled menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini berkata, perjanjian itu membuka ruang pemindahan teknologi yang membolehkan Ketech Asia memasang komponen penting raifal CAR 816 di fasiliti baharunya di Pahang, serta menyokong keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Kerjasama ini adalah cerminan keupayaan dan kekuatan syarikat pertahanan tempatan di peringkat global. Semoga kerjasama strategik ini berjalan lancar, serta memanfaatkan industri pertahanan tempatan, ATM dan negara,” menurut beliau.
Mohamed Khaled berkata, CARACAL adalah sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam reka bentuk dan pembuatan senjata kecil yang diiktiraf di peringkat dunia.
CAR 816 merupakan raifal utama digunakan oleh Angkatan Tentera UAE sejak 2015.

Jurucakap syarikat EDGE Group memberitahu portal pertahanan antarabangsa, Janes pada 2023 bahawa anak syarikatnya, CARACAL menawarkan raifal CAR 816 kepada ATM dan kedua-dua pihak sedang “berbincang” untuk membekalkannya kepada Tentera Darat.
Raifal CAR 816 juga dipanggil “Caracal Sultan” atau “Sultan” merupakan raifal berkaliber 5.56x45mm standard NATO, operasi gas dan dibangunkan oleh CARACAL International yang berpangkalan di Abu Dhabi,UAE.
Ia merupakan senjata api taktikal yang dibangunkan untuk pasukan penguatkuasa dan ketenteraan.
Raifal CAR 816 boleh didapati dalam mode semi-automatic dan konfigurasi select-fire, selain boleh juga dioperasikan pada sistem short-stroke piston dengan tiga pilihan setting (safe, semi-auto dan auto)
Dengan berat di antara 2.9kg hingga 3.4kg, raifal CAR 816 memiliki rate of fire diantara 750 hingga 950 seminit manakala effective firing range senjata api itu adalah sekitar 500 meter.
Raifal itu sebenarnya berkongsi sejarah dan DNA dengan raifal Heckler & Koch HK416 kerana dilaporkan kedua-dua senjatapi itu direkabentuk oleh orang yang sama iaitu, Robert Hirt dan Chris Sirois.
Kedua-dua mereka bertugas dengan dengan syarikat Heckler & Koch untuk membangunkan raifal HK416 sebelum kedua-duanya direkrut pula oleh syarikat CARACAL.

Saya buat perbandingan antara raifal CAR 816, M4A1 dan AK-12 menggunakan ChatGPT. Hasilnya sangat menarik untuk dibaca. Juga sebagai panduan kepada ATM.
https://chatgpt.com/share/67b67b21-c980-800b-b528-55c59935e4f3