Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

🎬Empat Su-35S Iringi Pesawat Rasmi Presiden Russia Dari Moscow ke Timur Tengah

(VIDEO) Menurut setiausaha akhbar kepada Presiden Russia, Dmitry Peskov, tindakan mengiringi pesawat rasmi Presiden Russia itu oleh empat buah pesawat pejuang Su-35 menggambarkan protokol keselamatan standard untuk Presiden Russia ketika melakukan lawatan di peringkat antarabangsa, bagi memastikan keselamatan dan integriti semasa penerbangan itu.

0 1,921

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah pesawat pejuang Su-35S Tentera Udara Russia mengiringi penerbangan pesawat rasmi Ilyushin IL-96 Presiden negara itu Vladimir Putin daripada Moscow sehinggalah ke Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kementerian Pertahanan Russia mengeluarkan video menunjukkan pesawat-pesawat pejuang terbabit mengiringi pesawat rasmi Presiden Putin sepanjang penerbangan daripada Moscow sehinggalah ke Abu Dhabi.

Walaupun berhadapan dengan cuaca yang buruk ketika berlepas, keempat-empat pesawat pejuang Su-35S itu mampu mengharunginya dengan baik, sekaligus membuktikan ketahanan pesawat pejuang itu.

Dmitry Peskov, setiausaha akhbar kepada Presiden Russia berkata, untuk mengiringi pesawat rasmi Ilyushin IL-96 presiden memerlukan kelulusan khas daripada negara-negara di mana penerbangan itu berlaku.

“Kremlin amat berterima-kasih kepada negara-negara itu diatas kerjasama meraka (negara-negara itu),” kata beliau.

Selepas kunjungan ke Emiriah Arab Bersatu, pesawat rasmi Putin serta empat pesawat pejuang Su-35 yang mengiringinya akan ke Riyadh, Arab Saudi pula bagi meneruskan lawatannya sebelum kembali ke Russia.

Pesawat pejuang Su-35 yang mengiringi Presiden Putin bukan pesawat pejuang yang calang-calang, kerana ia memiliki antara teknologi ketenteraan Russia yang paling terkini.

Pesawat pejuang Su-35 itu dilengkapkan dengan sistem radar berkemampuan tinggi, sistem penjejakan sasaran optoelektronik dan sistem electronic counter measures.

Menurut Peskov lagi, tindakan mengiringi pesawat rasmi Presiden Russia itu oleh empat buah pesawat pejuang Su-35 menggambarkan protokol keselamatan standard untuk Presiden Russia ketika melakukan lawatan di peringkat antarabangsa, bagi memastikan keselamatan dan integriti semasa penerbangan itu.

Tindakan mengiringi pesawat rasmi Presiden Putin daripada Moscow ke Abu Dhabi bukan sahaja menunjukkan kemampuan ketenteraan Russia tetapi juga menggambarkan hubungan diplomatik kedua-dua negara antara Russia dan Emiriah Arab Bersatu.

Putin
Presiden Putin di UAE (via internet)

Ketika di Abu Dhabi, kedatangan Presiden Putin telah diberikan sambutan rasmi dengan pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara UAE melakukan lintas-udara ketika majlis sambutan rasmi presiden Russia itu diadakan.

Pesawat-pesawat Tentera Udara UAE itu melepas asap yang menggambarkan warna bendera Russia.

Dipetik oleh agensi berita Reuters, Presiden UAE Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan memanggil Presiden Putin “rakan karib”.

Selepas Abu Dhabi, Putin akan ke Arab Saudi dimana beliau akan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohamad bin Salam dimana kedua-dua pemimpin itu akan membincangkan pelbagai isu menyentuh kerjasama mereka dalam OPEC + dan konflik di antara Hamas dan Israel yang telah mengorbankan lebih 17,000 penduduk Palestin.

Pada Selasa depan, Putin akan menerima kunjungan daripada Presiden Iran Ebrahim Raisi di Moscow pula. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...