Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Graduan Royal Military Academy Sandhurst Dilantik Panglima ATM Ke-23

Anak kelahiran Johor Bahru berusia 59 tahun yang juga merupakan graduan Royal Military Academy Sandhurst di England itu mengambil alih jawatan berkenaan daripada Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, yang bersara wajib pada hari ini.

0 9,974
(DEFENCE SECURITY ASIA) –Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA) Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  Lt Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar telah dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 berkuat kuasa hari ini.
Majlis serah terima tugas itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Anak kelahiran Johor Bahru berusia 59 tahun yang juga merupakan graduan Royal Military Academy Sandhurst di England itu mengambil alih jawatan berkenaan daripada Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, yang bersara wajib pada hari ini.
Terdahulu, Mohd Nizam yang juga pernah bertugas sebagai Komander Batalion Malaysia di Lubnan (MALBATT) telah dinaikkan pangkat kepada Jeneral empat bintang dalam majlis itu, bagi membolehkan beliau menjawat jawatan sebagai Panglima ATM.
Mohd Nizam dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral pada 23 Feb tahun lepas dan pernah menjawat jawatan penting antaranya sebagai Komandan Kolej Pertahanan Nasional, Pengarah Pengurusan Latihan di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat serta Panglima Briged Infantri Ke-2 Tentera Darat.
Graduan Royal Military Academy Sandhurst, England itu juga pernah menyertai pelbagai kursus di peringkat antarabangsa.

ATM

Antara kursus di luar negara yang diikutinya adalah Junior Command and Staff College di Bangladesh; Mid Career Management Course di Pakistan; Command and General Staff College Fort Leavenworth di Amerika Syarikat dan Le Collège Interarmées de Défense di Perancis.
Beliau juga mencipta sejarah sebagai Pegawai Kanan Tentera Darat pertama yang terpilih menghadiri Global Peace Operations Initiative (GPOI) Peace Support Operations Contingent Commander Course di Monterey di Amerika Syarikat.
Panglima Angkatan Tentera ke-23 berkenaan juga pernah berkhidmat di pelbagai jawatan di dalam ATM antaranya sebagai Juruiring Timbalan Panglima Tentera Darat, dan Juruiring Panglima Angkatan Tentera pada tahun 1990-1992.
Beliau yang memulakan karier sebagai Ketua Platun di Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanize
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.