Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Perolehi Lebih Banyak Laser Range Finder Dan Peluru 40mm, 30mm

Kementerian Pertahanan minggu lepas telah mengiklankan tender untuk memperolehi Laser Range Finder, Weapon Sight Telescope, peluru-peluru 40mm serta peluru bagi 30mm.

2,457

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Tentera Darat akan memperolehi lebih banyak “laser range finder” bagi kegunaan unit-unitnya yang terlibat dalam misi untuk mendapatkan data-data berkenaan jarak sesuatu sasaran dan lain-lain maklumat.

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender untuk mendapatkan kira-kira 60 buah laser range finder bagi kegunaan tentera darat baru-baru ini.

Tender bagi bagi perolehan laser range finder tersebut telah dibuka pada 29 Oktober lepas dan akan ditutup pada 1 Disember depan.

THERE IS A REQUIREMENT TO EQUIP THE ARMY WITH ART PORTABLE OBSERVATION INSTRUMENT THAT PROVIDE PIN POINT TARGET SIGHTING WITH INSTANT RANGE AND TARGET READOUT FOR OPERATORS DURING THEIR MISSION.

— IKLAN TENDER KEMENTERIAN PERTAHANAN

Military-grade laser range finder selalunya digunakan oleh unit-unit pasukan khusus seperti Grup Gerak Khas dan unit lain untuk memberikan maklumat berkenaan “targeting” dan “weapon sights” untuk bom-bom yang dipandu oleh laser, peluru berpandu atau peluru-peluru artilleri pintar.

Tentera Darat

Sebagaimana yang admin katakan, peralatan canggih ini dibawa oleh anggota pasukan khusus dan juga forward air controllers.

Peralatan laser range finders yang dikehendaki oleh Tentera Darat adalah daripada portable (mudah alih).

Dalam dunia ketenteraan yang menitikberatkan kepada teknologi dan penggunaan senjata pintar yang berpandukan kepada panduan laser, kegunaan Laser Range Finder (LRF) sudah menjadi suatu keperluan yang amat penting untuk mana-mana angkatan tentera moden.

Sementara itu dalam satu lagi iklan tender oleh Kementerian Pertahanan, ia mahu memperolehi kira-kira 200 unit “Weapon Sights Telescope” untuk dipasang dengan senjata yang digunakan oleh anggota-anggota Tentera Darat ketika menjalani latihan serta operasi.

There is a requirement to equip the army personnel with a suitable Weapon Sight Telescope to be mounted to current in-service weapon during conducting operations and training.

The main usages of the Weapon Sight Telescope are as follow: a. It shall be used to enhance soldier sighting and shooting capabilities in open area or closed combat missions. b. It shall-be ‘easily carried by personnel without degrading their mobility during operations.

— Maklumat Tender Weapon Sight Telescope Untuk Kementerian Pertahanan

Tender untuk “Weapon Sights Telescope” itu juga dibuka pada 29 Oktober dan akan tamat pada 30 Disember.

Sementara itu Kementerian Pertahanan turut mengiklankan tender untuk melantik Multimodal Transport Operator (MTO) untuk membawa pulang peluru-peluru 40mm HEHC-LV dan 40MM HEDP-HV yang tidak diketahui jumlahnya daripada Port of Busan di Korea Selatan ke Port Kelang.

Tentera Darat
MILKOR MGL

 

Tender untuk MTO itu dibuka pada 29 Oktober dan akan tamat pada 23 November ini.

Peluru-peluru itu berkemungkinan untuk kegunaan Multiple Grenade Launcher (MGL) dan Grenade Launcher 400mm yang digunakan oleh Tentera Darat.

Kementerian Pertahanan juga mengiklankan tender untuk memperolehi kira-kira 5000 butir peluru 30mm Frangible Armour Piercing Incendiary Discarding Sabot – Tracer (FAPIDS-T).

Peluru-peluru itu berkemungkinan besar untuk kegunaan kenderaan tempur “Gempita” yang dilengkapi dengan Light Combat Turret (LCT) 30mm.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.