136 Buah HMAV “Tarantula” Untuk Tentera Darat?
Admin dimaklumkan oleh sumber-sumber industri bahawa perolehan 136 Kenderaan 4x4 itu membabitkan kenderaan High Mobillity Armoured Vehicle (HMAV) “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam diumumkan bahawa Kementerian Pertahanan akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4×4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.
Selain daripada pengumuman ringkas itu, tidak banyak perincian diberikan mengenai perolehan sebanyak 136 buah Kenderaan Jenis A 4×4 dan Kenderaan Jenis B.
Apapun peruntukan sebanyak RM2 bilion disediakan untuk perolehan kedua-dua jenis kenderaan itu yang berkait rapat dengan program penggantian kenderaan perisai Condor dan Sibmas.
Admin dimaklumkan oleh sumber-sumber industri bahawa perolehan 136 Kenderaan 4×4 itu berkemungkinan membabitkan kenderaan High Mobillity Armoured Vehicle (HMAV) “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).
Rundingan perolehan yang sedang berlangsung itu adalah untuk menggantikan kenderaan perisai “Condor” 4×4 yang telah digunakan oleh Tentera Darat sejak sekian lama.
Sejumlah 136 kenderaan 4×4 itu adalah untuk melengkapkan dua rejimen, 3 Armor dan 4 Armor, menurut sumber industri terbabit.
Kesemua 136 kenderaan 4×4 itu terdiri daripada di antara di antara tiga hingga empat variant seperti Armoured Personnel Carrier (APC), Armoured Combat Vehicle (ACV), Armoured Recovery Vehicle (ARV) dan ambulan.
Mengenai weapon platform “Tarantula” itu, ia bergantung kepada variannya serta kehendak pelanggan.
Kenderaan perisai buatan syarikat tempatan itu boleh dilengkapi dengan Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm, Anti-Tank Guided Weapon (ATGW), Multiple Grenade Launcher (MGL) dan lain-lain sebagaimana dikehendaki oleh pelanggan.
“Tarantula” dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga yang paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi spesifikasi mana-mana negara yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.
Comments are closed.