Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pemilihan “Anka” UAS-MALE Oleh Malaysia Sudah Dijangka

Sejak tender bagi perolehan tiga buah sistem UAS-MALE dibuka oleh Kementerian Pertahanan pada Ogos 2020, “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) dikatakan adalah calon pilihan oleh banyak pihak di Malaysia.

0 6,122

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pemilihan sistem pesawat tanpa pemandu-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) “Anka” oleh Kementerian Pertahanan sebagaimana diumumkan oleh Menteri Pertahanan semalam, sememangnya sudah dijangkakan.

Sejak tender bagi perolehan tiga buah sistem UAS-MALE dibuka oleh Kementerian Pertahanan pada Ogos 2020, “Anka” yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) dikatakan adalah calon pilihan oleh banyak pihak di Malaysia.

Pada pendapat admin, pemilihan Anka telah “disahkan” secara tidak rasmi apabila Perdana Menteri melawat kemudahan TAI di Ankara pada Julai dan sebulan selepas itu pada Ogos, Yang Di-Pertuan Agong pula meninjau TAI ketika lawatan negaranya ke Turki.

Anka-S

Tidak mengapa, kerana Anka-S (varian yang berkemungkinan menjadi pilihan negara) sememangnya telah pun menunjukkan kemampuan dan keberkesanannya dalam konflik di beberapa negara bergolak.

Dengan pemilihan Anka, Malaysia menjadi negara Asia Tenggara pertama memilih sistem UAS-MALE buatan Turki.

Pasaran sistem UAS-MALE Asia Tenggara kini didominasi oleh dron-dron China dan Israel.

Beroperasi daripada Pangkalan Labuan,  “Anka” sudah pasti akan menumpukan misi-misi ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance) di Laut China Selatan dan di pantai timur Sabah.

Pemilihan Labuan sebagai “rumah” Anka itu telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat.

Anka-S

Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata aset yang akan dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka diterima pada 2025 sebelum operasi sepenuhnya dicapai pada 2026.

“Anka” apabila beroperasi kelak, akan memastikan negara memperolehi maklumat-maklumat real-time daripada kedua-dua medan operasi itu yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan daripada kapal-kapal penceroboh China kepada kumpulan-kumpulan Kidnap-For Ransom (KFR) selatan Filipina.

Kementerian Pertahanan telah mengiklankan tender antarabangsa untuk mendapatkan tiga buah sistem UAS-MALE (bersama-sama segala sistem yang berkait dengannya seperti ground stations dll) pada Ogos 2020.

Kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

Tiga lagi buah sistem UAS-MALE akan diperolehi pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030)

Anka
“Anka” pada pameran DSA 2022 baru-baru ini.

 

Sistem UAS-MALE “Anka-S” mempunyai kemampuan untuk terbang selama 24 hingga 30 jam, 30,000 kaki altitud dan membawa bebanan di antara 250-350 kilogram.

Setiap sebuah “Anka-S” itu berkemampuan membawa empat buah peluru berpandu MAM Smart Micro Munitions yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat Turki, Roketsan.

Peluru berpandu MAM juga memiliki beberapa varian iaitu MAM-L (thermobaric), MAM-C (high explosive) dan MAM-T (serangan jarak jauh).

Anka-S boleh melaksanakan beberapa misi real-time intelligence, surveillance dan reconnaissance (ISR), communication relay, target acquisition dan tracking.

Apps

 

 

Ia juga dilengkapkan dengan kamera electro-optic / infrared (EO / IR) untuk mengambil imej dan video resolusi tinggi didalam semua jenis keadaan cuaca, Sistem Identification Friend or Foe (IFF),  laser designator dan laser range finder.

Di dalam radome Anka-S itu, ia turut dilengkapi dengan ViaSat VR-18C airborne satellite communications (SATCOM) antenna yang berkuasa tinggi, memberikan komunikasi beyond line-of-sight (BLOS) yang selamat. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...