TAI Bawa Sistem UAS-MALE “Anka” Ke DSA 2022. Petunjuk?
Admin menjangkakan sistem Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) “Anka” yang dibangunkan oleh syarikat TAI bakal mencuri perhatian pengunjung ke DSA 2022 kali ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Admin berkesempatan berada di MITEC hari ini untuk melihat secara dekat persiapan akhir yang sedang dilakukan oleh pelbagai syarikat dalam dan luar negara serta agensi kerajaan sebelum pameran DSA 2022 dan NATSEC dibuka secara rasmi esok.
Sebagaimana yang telah pun dilaporkan sebelum ini, syarikat-syarikat pertahanan Turki seperti Turkish Aerospace Industries (TAI), Otokar, BMC, FNSS, Roketsan dan lain-lain mengambil ruang pameran yang besar kali ini.
Admin menjangkakan sistem Unmanned Aerial System-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE) “Anka” yang dibangunkan oleh syarikat TAI bakal mencuri perhatian pengunjung ke DSA 2022 kali ini.
TAI kali ini membawa life-size model sistem UAS-MALE “Anka” yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandunya dan sistem elektro-optikal berkuasa tinggu yang diletakkan di pavilion TAI pada DSA 2022 kali ini.
Melihatnya secara dekat buat pertama kali, admin mengakui ia adalah satu sistem yang amat besar daripada segi saiznya, bersesuaian dengan kemampuannya yang boleh beroperasi lebih daripada 30 jam di udara memantau segala pergerakan di darat menerusi aplikasi sistem elektro-optikal yang berkuasa tinggi.
“It is a huge system”, menurut seorang rakan admin.
Jikalau sistem UAS-MALE memiliki saiz seperti ini, bagaimana pula sistem UAS-HALE (High Altitude Long Endurance) seperti Global Hawk dan lain-lain lagi.
Kehadiran “life-size” model TAI Anka pada pameran DSA 2022 kali ini pada jangkaan admin merupakan suatu “statement of intent” mengenai hasratnya bersungguh-sungguhnya untuk memenangi tender Kementerian Pertahanan Malaysia bagi sistem itu.
Beberapa hari lepas, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, TUDM dijangka mula mengoperasikan sistem UAS-MALE sama ada pada 2024 atau 2025.
Adakah TUDM bakal menggunakan TAI “Anka” sebagai sistem UAS-MALE pilihan mereka?
Admin tidak nampak pula sistem UAS-MALE yang lain pada DSA 2022 ini termasuk “MQ-9B Sea Guardian” keluaran syarikat General Atomics Aeronautical System Inc (GA-ASI) daripada Amerika Syarikat yang dikatakan pesaing terdekat TAI Anka dalam persaingan Malaysia itu.
Malah pada pameran DSA 2022 kali ini, penyertaan syarikat-syarikat pertahanan Amerika Syarikat amat kecil.
Apa yang admin nampak adalah beberapa pekerja syarikat Dillon Aero sedang membetulkan sistem Minigun yang turut digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Syarikat-syarikat pertahanan Korea Selatan juga agak prominent kali ini seperti LIG Nex1 yang menawarkan sistem peluru pertahanan udara aras sederhana (MERAD) “KM-SAM”, selain syarikat tempatan seperti Deftech, MILDEF, SMEO, Ikramatic, Malvus Sense, Cendana Auto dan yang lain-lain lagi.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Deftech membawa kenderaan perisai PARS 6×6 yang dilengkapi dengan Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm serta kenderaan Gempita 8×8 pembawa mortar 120mm dan beberapa kenderaan lain.
Ok setakat itulah coretan admin, nanti kita sambung lagi mengenai DSA 2022 dan NATSEC. Jumpa di MITEC.– DSA
Comments are closed.