Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Russia, Ukraine, Belarus Tidak Sertai Pameran DSA Akhir Bulan Ini

Agensi berita antarabangsa, Reuters hari ini diberitahu oleh penganjur DSA bahawa pihaknya telah menerima notis daripada ketiga-tiga negara itu yang menyatakan bahawa mereka tidak menyertai pameran DSA itu.

0 1,173

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya pameran pertahanan Defence Service Asia (DSA) yang akan bermula akhir bulan ini tidak akan melihat penyertaan daripada syarikat-syarikat pertahanan Russia, Ukraine dan Belarus.

Ketiadaan penyertaan syarikat daripada ketiga-tiga negara itu adalah disebabkan oleh peperangan di antara Russia dan Ukraine.

Pengarah Eksekutif DSA Nadzeem Abdul Rahman memberitahu agensi berita antarabangsa, Reuters hari ini bahawa pihaknya telah menerima notis daripada ketiga-tiga negara itu yang menyatakan bahawa mereka tidak menyertai pameran DSA itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab disebalik penarikan diri ketiga-tiga negara itu.

Nadzeem berkata, adalah sukar bagi syarikat-syarikat Russia untuk menyertai pameran DSA disebabkan sekatan ekonomi yang ketat dikenakan terhadap mereka oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

DSA 2022

Sekatan ekonomi yang sama turut dikenakan terhadap Belarus yang merupakan sekutu kuat kepada Russia.

Russia menyifatkan konfliknya dengan Ukraine yang telah memasuki minggu ketiga sebagai “operasi ketenteraan khas.”

“Sebabnya adalah mudah. Tidak ada penerbangan keluar daripada Ukraine pada ketika ini, manakala Russia pula sedang berhadapan dengan isu-isu berkenaan financial transaction dan pembayaran untuk perkhidmatan,” kata Nadzeem kepada Reuters menerusi telefon.

Pameran DSA akan berlangsung selama empat hari bermula daripada 28 Mac.

Pameran yang sama itu sepatutnya berlangsung pada tahun lepas, tetapi dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

DSA 2022

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebelum ini berkata, Malaysia tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap Russia susulan perang tercetus antara negara itu dengan Ukraine.

Katanya Malaysia tidak mengiktiraf atau mempercayai sekatan sebelah pihak atau sekatan ‘unilateral’ yang dilaksanakan oleh beberapa negara terhadap Rusia, dan berpendapat ia harus melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Saifuddin menegaskan, walaupun sekatan dilihat mampu memberi tekanan kepada Rusia, ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat yang tidak berdosa jika tidak dilaksanakan dengan betul.

Perang

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sebuah kapal tangki minyak dengan bendera Rusia yang disasarkan sekatan Amerika Syarikat (AS) tidak dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi, kata Kementerian Pengangkutan atas alasan tekanan global untuk menekan perniagaan berkaitan Moscow kerana menceroboh Ukraine.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pengendali pelabuhan itu memutuskan untuk menolak hasrat kapal terbabit menurunkan sauh di sana “supaya tidak melanggar sebarang sekatan”. — DSA

Comments
Loading...