Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Presiden Amerika Gelar Vladimir Putin “Penyembelih”, “Diktator Pembunuh”

Russia mengerah ratusan ribu anggota tenteranya ke Ukraine dalam satu misi khas tentera untuk menumbangkan kerajaan Ukraine yang dipimpin oleh pemimpin pro-Baratnya, Vladymr Zelensky yang juga merupakan bekas pelawak.

0 955

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketegangan hubungan di antara Amerika Syarikat dan Russia berikutan peperangan di Ukraine meningkat satu tahap lagi apabila Presiden Joe Biden memanggil Presiden Vladimir Putin “penyembelih”, “diktator pembunuh” dan “penjenayah perang.”

Presiden Amerika Syarikat itu juga mengatakan bahawa Putin tidak lagi boleh dibenarkan berkuasa.

Kelantangan Biden itu menerima reaksi keras daripada pentadbiran di Moscow dengan jurucakap kerajaan Russia Dimitri Peskov mengatakan bahawa Biden tidak mempunyai hak menentukan siapa memimpin negara itu kerana hak itu terletak di tangan rakyat Russia sahaja.

Biden

Presiden Perancis Emmanuel Macron pula berkata kedua-dua pihak perlu mengelak peningkatan ketegangan dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati masing-masing.

Objektif pada masa ini adalah menghentikan peperangan di Ukraine.

Beliau berkata akan bercakap dengan Putin di dalam tempoh beberapa hari ini untuk menganjurkan pemindahan rakyat awam Ukraine daripada bandar Mariupol yang telah dibom dengan hebat oleh pasukan tentera Russia.

Kira-kira 3.8 juta penduduk Ukraine telah meninggalkan negara itu sejak peperangan bermula.

Biden

Presiden Perancis itu mahukan mencapai gencatan senjata dan pengunduran sepenuhnya tentera Russia menerusi usaha-usaha diplomatik.

“Jikalau mahu mencapai perkara itu (gencatan senjata), maka kedua-dua pihak mengelak meninggkatkan ketegangan dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati atau menerusi tindakan,” kata Macron sebagaimana dipetik oleh stesen penyiaran negara itu France 3.

Tindakan Macron itu turut disokong oleh pemimpin nasionalis negara itu, Marie Le-Pen yang mengatakan bahawa kata-kata pedan Presiden Amerika Syarikat itu adalah seperti “mencurah lebih banyak minyak ke dalam api.”

Biden

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Russia mengerah ratusan ribu anggota tenteranya ke Ukraine dalam satu misi khas tentera untuk menumbangkan kerajaan Ukraine yang dipimpin oleh pemimpin pro-Baratnya, Vladymr Zelensky yang juga merupakan bekas pelawak.

Tindakan Zelensky mahu menjadikan Ukraine negara anggota NATO telah menyebabkan kemarahan Russia yang jelas mengatakan Moscow tidak akan menerima pembukaan pangkalan tentera NATO di sempadannya.

Moscow melihat tindakan mempengaruhi Ukraine supaya menyertai NATO didalangi oleh Amerika Syarikat yang didakwa menggunakan penambahan keanggota NATO oleh beberapa negara Eropah Timur sebagai cubaan untuk “menjerut lehernya.” — DSA

 

Comments
Loading...